• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantuan Khas RM2,000 Untuk Penjawat Awam Perak

oleh AK-47
21/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan Perak hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM2,000 kepada penjawat awam negeri melibatkan peruntukan hampir RM22 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata bantuan khas itu turut dipanjangkan kepada guru I’dadi, Thanawi, tadika Islam, guru sandaran tidak terlatih dan pegawai sambilan harian.

Katanya, kesemua guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), takmir, imam, bilal, siak, ketua kampung dan tok batin yang memperolehi bantuan khas RM1,500 daripada kerajaan Persekutuan, akan ditambah RM500 lagi oleh kerajaan negeri menjadikan jumlah yang diterima mereka sebanyak RM2,000.

“RM1,000 akan dibayar pada Disember 2017 menggunakan peruntukan kewangan tahun semasa manakala bakinya RM1,000 akan dibayar menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun hadapan,” katanya ketika membentangkan Bajet Perak 2018 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Zambry berkata insentif kepada bakal pesara kerajaan negeri yang diperkenalkan sejak 2012 akan diteruskan dengan kenaikan kadar insentif daripada RM3,000 kepada RM4,000.

Katanya pemberian insentif itu akan diperluaskan kepada semua kumpulan pengurusan dan profesional Gred 41 dan ke atas berbanding sebelum ini yang hanya melibatkan kumpulan pelaksana.

“Pemberian bantuan khas kewangan dan insentif ini adalah tanda terima kasih pentadbiran kerajaan Barisan Nasional atas sumbangan penjawat-penjawat awam,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan ranjang dalam sebuah...

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

29/03/2026
0

RANTAU – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir memuji kemeriahan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Luar, Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd