• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Pulau Pinang Soal Kemanusiaan – PM

oleh AK-47
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan isu banjir kilat di Pulau Pinang pada ketika ini adalah soal kemanusiaan.

Justeru katanya, menjadi tanggungjawab kerajaan pusat untuk menyalurkan bantuan sewajarnya walaupun negeri tersebut di bawah pentadbiran pembangkang.

Tegasnya, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor akan berlepas ke Pulau Pinang petang ini untuk membantu koordinasi bantuan yang diketuai oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Memang tidak perlu kerajaan negeri minta (bantuan). Kalau ada musibah di mana-mana, walaupun negeri dikuasai oleh pembangkang, kita (kerajaan pusat) memang menyalurkan bantuan atas soal kemanusian dan tanggungjawab kita sebagai kerajaan pusat.

“Jadi pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membantu dan PAT akan berlepas petang ini untuk melihat keadaan.

“Segalanya akan dikoordinasi oleh MKN dan kita akan membantu mangsa-mangsa banjir dan keperluan mereka itu akan kita tentukan dan kita akan beri bantuan-bantuan yang diperlukan oleh mangsa banjir,” kata beliau pada sidang media selepas meninjau Hospital Medan ATM di Hospital ATM Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.

Tambah beliau, MKN juga telah mengeluarkan arahan sekaligus menyelaraskan bantuan bersama agensi-agensi lain.

“MKN sudah keluarkan arahan dan MKN akan selaraskan di mana kita ada ATM termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang khusus untuk membantu dalam kejadian-kejadian musibah yang seperti ini,” tambah beliau. – oleh Harits Asyraf Hasnan/Astro Awani

Tags: BanjirDatuk Seri Najib Tun RazakPulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

03/09/2026
0

GEORGE TOWN - Perayaan Teong Guan Phor Thor yang dikenali sebagai ‘Hungry Ghost Festival' diiktiraf sebagai Warisan Negeri dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd