• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Lumpur Ancam Perkampungan Orang Asli

oleh AK-47
23/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Tanah runtuh dan banjir lumpur dilaporkan sering berlaku dan memberi ancaman kepada lebih 300 penduduk Orang Asli daripada 120 keluarga di Kampung Sang Wai, yang terletak di kawasan tanah tinggi Lojing di sini sejak tiga bulan lepas.

Ketua Penghulu Orang Asli Kelantan Bidi Ronggeng berkata kejadian itu sering berlaku akhir-akhir ini sejak kawasan bukit yang terletak kira-kira 100 meter dari perkampungan mereka digondolkan oleh sebuah syarikat untuk dijadikan kawasan pertanian bagi penanaman sayur-sayuran.

Terbaru tanah runtuh berlaku tiga hari lepas dan aliran air Sungai Belatop juga terganggu kerana timbunan tanah, katanya ketika ditemui pemberita di perkampungan itu di sini, hari ini.

Menurutnya selain Kampung Sang Wai, beberapa perkampungan Orang Asli lain di Lojing dan Pos Brooke turut terjejas akibat daripada kerja-kerja penerokaan hutan manakala penempatan rosak akibat banjir lumpur seperti Kampung Jedip, di sini.

Sementara itu, seorang penduduk Orang Asli kampung itu, Kamarudin Uda, 43, berkata masyarakat Orang Asli sudah jemu membuat aduan kerana setiap laporan yang dibuat kepada kerajaan negeri Kelantan sebelum ini tidak disusuli sebarang tindakan lanjut.

“Saya minta tolong sekali lagi kepada semua pihak, harap dapat bersimpatilah dengan nasib masyarakat Orang Asli dan hentikanlah menggondol bukit ini,” katanya.

Ketika ditemui, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Ab Aziz Yusof berkata kerajaan negeri sewajarnya menghentikan sebarang kegiatan pembukaan tanah pertanian di Lojing kerana didapati aktiviti membersihkan kawasan hutan atas alasan membuka kawasan pertanian kini sudah tidak terkawal.

Beliau berkata kesan daripada kegiatan itu amat jelas apabila masyarakat Orang Asli menerima padahnya kerana perkampungan masyarakat itu hilang satu-satunya sumber air bersih selain kehilangan sumber pendapatan daripada hasil hutan.

“Saya sudah beberapa kali melaporkan perkara itu kepada pemimpin kerajaan negeri selepas meninjau sendiri keadaan yang berlaku tetapi saya kecewa kerana sehingga kini masih belum ada tindakan daripada pemimpin kerajaan negeri,” katanya. – BERNAMA

Tags: Banjir LumpurBidi Ronggeng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Lumpur: Laluan Kontra Diaktifkan Di LPT2

Banjir Lumpur: Laluan Kontra Diaktifkan Di LPT2

18/12/2022
0

Laluan kontra sedang diaktifkan antara Bukit Besi ke Ajil di KM392.4 hingga KM394.6 arah utara menghala ke Kuala Terengganu di...

Masyarakat Palu Terus Diuji, Kini Dilanda Banjir Lumpur

19/11/2018
0

KOTA PALU (Sulawesi) - Luka akibat bencana gempa bumi dan tsunami pada 28 Sept lepas masih belum sembuh namun masyarakat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd