• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Kilat, Tanah Runtuh Di Bandaraya Miri

oleh Ahmad Albab
13/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Hujan lebat yang melanda Bandaraya Miri sejak 6.30 petang semalam hingga pagi ini menyebabkan berlaku tanah susur serta banjir kilat di kawasan perkampungan dan perumahan di sini.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Miri Razali Junis berkata antara kawasan terjejas teruk ialah Kampung Lereng Bukit yang melibatkan sebuah rumah pondok hampir roboh akibat tanah susur dan perkampungan di Bekenu dilanda banjir kilat.

“Kejadian di Kampung Lereng Bukit hanya melibatkan sebuah rumah kosong dan bomba masih memantau kawasan sekitar untuk memastikan tiada berlaku tanah susur di rumah berhampiran,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Razali berkata, kejadian tanah susur dianggarkan berlaku pada 7 pagi ini manakala bomba tiba ke lokasi kejadian pada 9.15 pagi untuk memeriksa tahap keselamatan kawasan terlibat.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan pada 10 Nov lepas menyatakan Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh akan bermula pada 13 Nov hingga Mac 2018 dengan hujan lebat dijangka berlaku di barat serta utara Sarawak selain dari negeri pantai timur di Semenanjung dan Sabah. – BERNAMA

Tags: banjir kilatMiri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suspek Curi Mentega Berjaya Dicekup Ketika Melarikan Diri

Suspek Curi Mentega Berjaya Dicekup Ketika Melarikan Diri

08/03/2026
0

MIRI – Seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun berjaya ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kes cubaan mencuri di sebuah...

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video yang tular merakam detik menakutkan ketika banjir kilat melanda kawasan Kayu Pasak, Salareh Aia, Palembayan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd