• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: JKM Buka Pusat Pemindahan, Salur RM500,000

oleh AK-47
06/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membuka 101 pusat pemindahan untuk memberi perlindungan kepada 3,308 keluarga dan 11,366 mangsa banjir di Pulau Pinang, Kedah dan Perak sejak 4 Nov.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dalam kenyataan hari ini berkata JKM menyalurkan peruntukan permulaan berjumlah RM500,000 bagi menampung keperluan asas di pusat-pusat pemindahan.

“Antara tindakan yang dibuat adalah menggerakkan petugas, pegawai psikologi dan sukarelawan JKM dari negeri-negeri berhampiran seperti Perak, Selangor dan Kuala Lumpur bagi membantu melancarkan pengurusan bantuan bencana di pusat-pusat pemindahan.

“Dianggarkan seramai 67 orang telah memulakan tugas dilokasi bencana dan bilangan ini akan ditambah dari semasa ke semasa,” katanya.
Rohani turut menasihatkan ibu bapa supaya mengawasi aktiviti anak-anak, dan mangsa banjir mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Rohani berkata KPWKM melalui JKM sentiasa bersiap siaga menghadapi kejadian bencana khususnya banjir dalam negara.

Beliau berkata Bilik Gerakan Bencana JKM Pusat sentiasa aktif memantau dan menyelaras secara dekat operasi pusat-pusat pemindahan serta memastikan stok bekalan mencukupi di negeri yang dilanda musibah.

Rohani berkata peruntukan kerajaan pusat berjumlah RM6.3 juta diagihkan kepada semua negeri bagi tujuan kesiapsiagaan pengurusan bencana, penyediaan keperluan asas mangsa, penggantian stok barang yang bertarikh luput serta pelaksanaan program-program latihan dan simulasi bencana.

Selain itu, beliau berkata JKM turut menyenaraikan 5,433 buah pusat pemindahan yang secara keseluruhannya mampu menampung 1.59 juta mangsa dalam satu masa.

Pusat pemindahan itu berupa 80 pusat pemindahan berkapasiti besar, 2,334 buah sekolah yang sesuai dan 3,019 buah dewan orang ramai/ balai raya/ pusat komuniti di seluruh negeri, katanya.

“Fasiliti penyimpanan bantuan bencana seperti stor negeri/ daerah bertambah menjadi 133 buah dan pangkalan hadapan bertambah kepada 527 buah di samping lima buah depot simpanan keperluan bencana yang sedia ada,” katanya.

Selain itu, Rohani berkata aplikasi InfoBanjir JKM menerusi telefon bimbit juga boleh dijadikan rujukan dan memudahkan orang ramai mengenal pasti pusat pemindahan terdekat di kawasan bencana agar tindakan berpindah dapat dilaksanakan dengan segera.

Beliau berkata KPWKM juga telah merangka pelan tindakan pasca bencana bagi membantu mangsa bencana membersihkan rumah kediaman melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan penglibatan agensi dan komuniti setempat.

“Perkhidmatan sokongan psikologi dan intervensi krisis jangka panjang juga diberikan kepada mangsa yang mengalami krisis atau trauma oleh pasukan pegawai psikologi JKM dan pasukan sokongan psikologi (PST).

“Bagi memastikan bantuan pemulihan dapat disalurkan kepada mangsa, JKM bekerjasama dengan Pejabat Daerah untuk mengemas kini, menyemak dan memuktamadkan senarai nama mangsa bencana,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah JSKK Sarawak Mahu Pantas Selesai Kes

19/04/2018
0

KUCHING - Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak (JSKK) Sarawak menetapkan sasaran untuk menyelesaikan kes-kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak dalam tempoh enam...

Lelaki Mangsa Keganasan Rumah Tangga Perlu Tampil

01/04/2018
0

ISKANDAR PUTERI – Kaum lelaki yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga diminta tampil membuat laporan polis bagi mendapatkan pembelaan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd