• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir Di Kelantan Bertambah Pulih Petang Ini

oleh Ahmad Albab
01/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan menurun kepada 13,003 orang pada pukul 5 petang ini berbanding 13,101 mangsa pada 1 tengah hari tadi.

Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), enam pusat pemindahan sementara (PPS) di Bachok, Machang dan Kuala Krai ditutup selepas kesemua 526 mangsa daripada 146 keluarga dibenarkan pulang pada petang ini, bagaimanapun sebanyak 61 PPS masih dibuka di lima jajahan setakat ini.

Namun dalam masa yang sama, Pasir Mas terus mencatatkan peningkatan mangsa banjir kepada 10,129 orang daripada 4,183 keluarga petang ini berbanding 9,609 mangsa daripada 3,971 keluarga pada 1 tengah hari tadi.
Kesemua mangsa ditempatkan di 42 PPS di jajahan berkenaan.

Di Tumpat, seramai 1,406 mangsa daripada 473 keluarga dipindahkan ke tiga PPS, 828 mangsa daripada 247 keluarga ditempatkan ke lapan PPS di Pasir Puteh, 462 mangsa daripada 124 keluarga berada di empat PPS di Kota Bharu dan 178 mangsa daripada 56 keluarga di empat PPS di Tanah Merah.

​​​​​​​​​​​​​​Menurut portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas dilaporkan menurun kepada 10.39 meter pada 4 petang ini berbanding 10.46 meter pada 12 tengah hari tadi. Paras bahaya ialah sembilan meter.

Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat pula terus menunjukkan peningkatan apabila mencecah 3.72 meter berbanding 3.71 meter dalam tempoh sama. Paras bahaya ialah 2.50 meter.

Sementara itu, portal eBanjir Kelantan, ebanjir.kelantan.gov.my melaporkan tiada jalan utama ditutup kepada kenderaan setakat tengah hari tadi manakala cuaca petang ini dilaporkan mendung. – BERNAMA

Tags: Banjir Kelantan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Kelantan: 1,437 Orang Di Lima PPS

06/03/2022
0

Kota Bharu : Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 1,437 orang daripada 414 keluarga pagi ini berbanding 1,879 orang...

Banjir Kelantan: Penduduk Mula Pulang Bersihkan Rumah

04/03/2022
0

PASIR MAS: Sebahagian mangsa banjir di daerah ini mula pulang ke rumah masing-masing bagi meninjau kerosakan dan memulakan kerja pembersihan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd