• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2018: Bantu Kurang Beban Pesakit Jantung

oleh Ahmad Albab
05/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Pembinaan Pusat Kanser di Sungai Petani serta menaiktaraf perkhidmatan kardiologi dan kardiotorasik di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar berupaya mengurangkan jumlah pesakit yang perlu dirujuk ke hospital lain di luar negeri ini untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata buat masa ini ramai pesakit jantung dan kanser perlu dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur dan Hospital Pulau Pinang bagi rawatan lanjut sehingga membebankan pesakit serta anggota keluarga dari segi kos untuk berulang-alik.

“Usaha menaiktaraf pusat jantung (kardiologi) di HSB dan membina Pusat Kanser (di) Sungai Petani akan memberi kemudahan perubatan besar kepada rakyat Kedah, malahan kepada penduduk di Perak dan Perlis yang berjiran bagi mendapatkan perkhidmatan tersebut,” katanya kepada pemberita pada Majlis Derma Organ HSB dan Hari Anestesia di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Perpaduan dan Hal Ehwal Masyarakat Cina dan India negeri Datuk Dr Leong Yong Kong.

Pada pembentangan Bajet 2018 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembinaan pusat kanser itu serta projek menaiktaraf perkhidmatan kardiologi dan kardiotorasik di HSB bagi membolehkan Kedah muncul sebagai hab kesihatan di utara tanah air.

Dr Norhizan berkata pusat kanser itu akan dibina di atas tanah seluas kira-kira 24 hektar di Aman Jaya, Sungai Petani dengan kos RM500 juta dan dijangkakan siap selewat-lewatnya pada 2022, manakala RM20 juta lagi peruntukan untuk menaiktaraf perkhidmatan kardiologi dan kardiotorasik di HSB.

“Pusat kanser ini akan terletak kira-kira tujuh kilometer dari Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Bajet 2018 dah lulus dan kerja-kerja akan dimulakan. Kalau untuk pusat kanser dah sampai peringkat pihak kementerian turun tengok tapak… kementerian bersetuju untuk menyiapkanya secara beperingkat,” katanya.

Sementara itu, Dr Leong berkata rakyat negeri itu seharusnya bersyukur dengan pengumuman projek besar oleh perdana menteri itu kerana ini menunjukkan rakyat Kedah sentiasa dekat di hati Datuk Seri Najib Tun Razak. – BERNAMA

Tags: Bajet 2018pesakit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Tingkatkan Kawalan Di Pejabat Kedutaan AS

Ambulans Terbalik, Empat Termasuk Dua Pesakit Cedera

20/10/2023
0

SEREMBAN: Sebuah ambulans yang sedang membawa pesakit terbalik menyebabkan empat individu cedera selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis...

Hospital Sungai Buloh Kembali Rawat Pesakit Bukan Covid-19

29/04/2022
0

Kuala Lumpur : Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju untuk menukar kembali status Hospital Sungai Buloh kepada hospital perubatan bukan Covid-19 seperti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd