• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Atlas Copco Buka Akademi Pertama Di Asia Tenggara

oleh AK-47
06/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Syarikat perindustrian dari Sweden, Atlas Copco (Malaysia) Sdn Bhd, hari ini membuka secara rasmi akademi latihan bagi perkhidmatan teknik pemampatan yang pertama di Asia Tenggara bertempat di Kota Kemuning di sini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata pembukaan akademi latihan itu merupakan langkah positif dalam memberi keyakinan kepada syarikat asing yang lain untuk meluaskan lagi aktiviti pelaburan dan operasi syarikat mereka di negara ini.

“Atlas Capco dan Malaysia mempunyai hubungan yang baik sejak 1982…dengan operasi bermula daripada hanya 10 orang pada 1982, dan kini syarikat terus memanfaatkan bakat yang ada di negara ini di mana 95 peratus daripada 150 orang kakitangan adalah warga Malaysia…ada di antara mereka berpeluang bekerja di pejabat Atlas Capco di luar negara termasuk Taiwan, Australia, China dan Belgium.

“Dengan pembukaan akademi latihan ini juga, saya percaya belia tempatan berpeluang meraih lebih banyak faedah memandangkan syarikat akan menawarkan peluang menimba pengalaman bagi mereka yang mempunyai latar belakang kejuruteraan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan akademi latihan itu di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengurus Besar Atlas Capco Malaysia dan Singapura Dereck D. Devlin dan Duta Sweden ke Malaysia Dag Juhlin-Danfelt.

Akademi latihan itu dibina bertujuan untuk membangun dan meningkatkan tahap kecekapan juruteknik syarikat tersebut.

Akademi itu mempunyai dua bilik latihan, bilik kawalan dan pemantauan serta bilik pemampatan yang dilengkapi pelbagai mesin yang berbeza untuk latihan praktikal.

Ong berkata kementerian juga berharap lebih banyak syarikat asing yang beroperasi di negara ini mengikut jejak langkah Atlas Copco terutamanya dari segi aktiviti pelaburan yang membabitkan modal insan.

Sementara itu, Ong berkata Sweden terus menjadi antara sumber pelaburan langsung asing utama Malaysia.

“Pelaburan Sweden dalam sektor pembuatan adalah kukuh dalam jentera dan peralatan, peralatan pengangkutan serta elektrik dan elektronik.

“Setakat Jun 2017, sebanyak 126 projek pembuatan dengan penyertaan syarikat Sweden bernilai RM2.69 bilion telah diluluskan, serta mewujudkan lebih 8,200 peluang pekerjaan untuk negara,” katanya. -BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ong Ka Chuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPSB Akan Perbesar Terminal Kapal Persiaran

28/11/2017
0

GEORGE TOWN - Penang Port Sdn Bhd (PPSB) merancang memperbesar Terminal Kapal Persiaran Dermaga Swettenham dengan penyambungan ke dermaga, dataran...

Ong Gesa PKS Terjejas Banjir Minta Bantuan Tabung Kecemasan

08/11/2017
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menggesa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Pulau Pinang dan Kedah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd