• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aset Rizab Rasmi BNM Berjumlah US$101.47 Bilion

oleh AK-47
30/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aset rizab rasmi Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$101.47 bilion, manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$919.0 juta pada akhir Oktober 2017. (US$1=RM4.08)

Dalam kenyataan di sini, bank pusat itu berkata, bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek bagi pinjaman dalam mata wang asing disebabkan pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan diunjurkan sebanyak US$250.8 juta.

Sementara itu, jumlah kedudukan hadapan pendek sebanyak US$11.88 bilion pada akhir Oktober 2017, mencerminkan pengurusan semasa mudah tunai ringgit dalam sistem kewangan, menurut BNM dalam “Pemakluman Terperinci Rizab Antarabangsa pada akhir Oktober 2017” yang dikeluarkan hari ini.

“Sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, data ini tidak termasuk anggaran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek berjumlah US$2.48 bilion dalam tempoh 12 bulan akan datang,” menurut bank pusat itu.

Katanya satu-satunya salur keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan kerajaan bagi hutang luar negeri yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah US$183.2 juta.

Rizab antarabangsa Malaysia tidak mempunyai sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang berserta opsyen, kemudahan kredit belum digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, bank dan institusi kewangan lain.

BNM berkata ia juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit.

Pada akhir Okt 2017, rizab Malaysia tetap boleh guna.

Katanya butiran terperinci itu mengikut format Special Data Dissemination Standard Tabung Kewangan Antarabangsa. – BERNAMA

Tags: BNM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video Single Dapat 60k ‘Unlikes’, Ini Sebabnya

Next Post

Polis Komited Banteras Dadah Di Kuala Kedah

Related Posts

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00...

BNM Kekalkan OPR Pada 3.0 Peratus

BNM Kekalkan OPR Pada 3.0 Peratus

05/09/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada...

Next Post

Polis Komited Banteras Dadah Di Kuala Kedah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd