• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ara Kemalangan, Kereta Hampir Jatuh Jejambat

oleh
25/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CUACA yang tidak menentu sejak kebelakangan ini membuatkan banyak kejadian tidak diingini telah berlaku. Salah satunya ialah tragedi kemalangan di jalan raya.

Semalam, penyanyi lagu Warkah Untukku, Ara Johari telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya ketika dia bersama dengan pembantunya sedang dalam perjalanan pulang ke Shah Alam, Selangor.

Ara atau nama sebenarnya, Nurfarrah Izzatie Johari telah memuat naik gambar keadaan keretanya menerusi akaun Instagram miliknya pada tengah hari tadi.

Penyanyi berusia 20 tahun itu memberitahu bahawa kereta Honda City yang dipandunya telah hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dalam kemalangan yang berlaku di USJ 9, Subang Jaya semalam.

“Saya dan pembantu dalam perjalanan pulang ke Shah Alam. Ketika itu hujan dan jalan licin tapi tak bawa laju pun.

“Malangnya kereta yang dipandu saya hilang kawalan dan terlanggar pembahagi jalan sehingga menyebabkan kerosakan yang teruk,” kata Ara ketika dihubungi mStar Online.

Menurut Ara, kejadian tersebut berlaku kira-kira pada pukul 8.45 malam itu telah menyebabkan keretanya berpusing beberapa kali dan hampir jatuh dari jejambat.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Bunga itu memaklumkan bahawa dia bersama dengan pembantunya bernasib baik kerana hanya mengalami luka kecil serta lebam di beberapa bahagian dan tiada sebarang kecederaan serius.

“Kereta saya berpusing dan hampir jatuh dari jejambat. Nasib baik tak ada apa-apa.

“Saya dan pembantu tidak mengalami kecederaan yang serius. Hanya luka di bibir dan lebam-lebam sahaja,” ujarnya lagi.

Tambah pemenang tempat keempat program Akademi Fantasi 2016 itu, dia masih belum membuat sebarang laporan polis kerana dia perlu menghadiri jemputan persembahan di beberapa lokasi.

“Insya-Allah hari ini juga saya akan pergi ke balai polis di USJ dan buat tuntutan insuran untuk kereta,” kata gadis kelahiran Negeri Sembilan itu.

Apa pun, semoga Ara baik-baik sahaja. Diharapkan dengan kemalangan yang menimpa itu tidak mematahkan semangat Ara untuk terus teguh berdiri di dalam industri hiburan. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Akademi Fantasia 2016Ara Joharikemalangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd