Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Video: Haiwan Ganjil Suara...

BEBERAPA rakaman video yang memaparkan seekor haiwan begitu ganjil malah kedengaran suaranya sangat...

Syabas Adakan Operasi Bil...

KUALA LUMPUR - Syarikat Bekalan Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) menasihatkan orang ramai supaya...

“Bukan Salah McD,” Kata...

SHAH ALAM - Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meminta orang...

Lapangan Terbang Malaysia Bakal...

KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dilaporkan berada dalam proses akhir penjualan...

APM Hantar Pasukan Bantu Mangsa Banjir Kelantan

ALOR SETAR – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah menghantar dua pasukan yang terdiri daripada 39 anggota, bagi membantu mangsa banjir di jajahan Pasir Mas dan Tanah Merah, Kelantan sejak Selasa lalu.

Pengarahnya Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub berkata antara lain, turut dihantar ialah dua lori lima tan, satu pacuan empat roda dan dua bot untuk melancarkan kerja-kerja menyelamat di kedua-dua jajahan tersebut.

“Kita telah menghantar pasukan kita bagi membantu APM di Kelantan yang dilihat semakin mencabar ketika ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau beberapa kawasan yang dinaiki air di Mukim Titi Gajah, di sini hari ini.

Selain itu, enam anggota turut dihantar ke Besut, Terengganu bagi mengedarkan 250 Kit Makanan Permulaan (KMP) kepada mangsa banjir di daerah itu.

“Kesemua pasukan ini akan membantu aktiviti menyelamat di sana termasuk menyelaras jawatankuasa banjir di pusat pemindahan selama seminggu dan akan ditukar dengan anggota lain jika khidmat kami masih diperlukan.

“Kita berharap, bantuan ini akan melancarkan aktiviti menyelamat dan membantu memindahkan mangsa banjir yang terjejas,” katanya.


Awang Askandar berkata, pihaknya juga telah bersiap sedia sekiranya bencana banjir melanda lagi di negeri ini.
Katanya, seramai 200 anggota APM dengan kelengkapan logistik akan digerakkan ke lokasi bencana sekiranya keadaan banjir menjejaskan penduduk.

“Anggota ini mampu ke lokasi bencana dalam tempoh satu jam manakala 1,000 anggota lagi boleh digerakkan dalam tempoh 24 jam.

“Kita juga dibantu Pasukan Tindakbalas Kecemasan Komuniti (CDERT-C) yang terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), yang akan memberi maklum balas awal sekiranya berlaku bencana.

Katanya sebagai contoh di Mukim Titi Gajah, terdapat 30 anggota CDERT-C telah diberikan latihan asas APM termasuk kerja menyelamat dan kebajikan mangsa sebelum anggota APM tiba ke lokasi bencana. – BERNAMA

Kategori