• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anjing Gigit Wanita Di Serian Positif Rabies

oleh AK-47
29/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Seorang anjing peliharaan yang telah menggigit seorang wanita di Ladang Masranti, Telagus di Serian pada bulan lepas disahkan positif wabak rabies, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Sekretariat itu, dalam kenyataan hari ini, berkata anjing milik individu dari ladang tersebut telah menggigit betis kanan Marni Nasir, 42, pada pada 19 Okt lalu dan mangsa telah mendapatkan dua rawatan pada hari kejadian dan lima hari kemudian.

Menurutnya, pihaknya telah menerima keputusan histopatologi terhadap haiwan itu daripada Institut Penyelidikan Veterinar (VRI) di Ipoh, Perak, semalam yang mengesahkan anjing itu didapati positif rabies.

Lanjutan itu, JPBN mewartawakan kawasan ladang itu sebagai kawasan jangkitan penyakit rabies yang ke-27 di negeri itu.

Sekretariat itu berkata sebanyak 282 daripada 288 sampel yang dihantar ke VRI Ipoh telah diterima setakat semalam.

“Sampel tersebut adalah terdiri daripada 257 sampel anjing, 24 sampel kucing dan satu sampel kelawar. Daripada 282 keputusan kes, 56 atau 19.9 peratus yang terdiri daripada 50 sampel anjing dan enam sampel kucing telah disahkan positif virus Rabies,” katanya. – BERNAMA

Tags: Wabak Rabies
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wabak Rabies Ragut Nyawa Ke-21 Di Sarawak

08/11/2019
0

SHAH ALAM - Wabak rabies atau penyakit anjing gila meragut nyawa mangsa ke-21 di Sarawak selepas seorang kanak-kanak lelaki lima...

Rabies: Permintaan Lesen Anjing Meningkat Di Miri

19/10/2018
0

MIRI - Lonjakan permohonan lesen anjing susulan penularan wabak anjing gila atau rabies di bandar raya ini memaksa Majlis Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd