• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Bomba Kerja Hari PRU Boleh Undi Pos

oleh
17/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Selain warga Malaysia di luar negara yang berdaftar dengan pihak kedutaan, Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang bakal menyaksikan ahli bomba untuk mengundi melalui pos.

Berita gembira itu disahkan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia JBPM, Datuk Seri Wan Mohd. Nor Ibrahim selepas mendapat kelulusan secara rasmi pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bulan lalu.

Kebenaran khas itu ujar beliau akan membolehkan semua pegawai dan anggota JBPM yang diarahkan berkhidmat semasa tarikh PRU tersebut untuk membuang undi mereka melalui pos dengan beberapa hari lebih awal.

Wan Mohd. Nor berkata, kelulusan pengundian secara pos tersebut mula diperoleh daripada pihak SPR pada 23 Oktober lalu selepas JBPM ada menghantar permohonan rasmi pada pertengahan tahun ini.

“Kebenaran ini bagaimanapun diberikan hanya kepada pegawai dan anggota bomba yang disahkan perlu bertugas di seluruh negara tanpa mengira waktu siang atau malam ketika hari PRU itu berlangsung.

“Mereka perlu mengisi borang yang diberikan oleh SPR untuk buang undi pos dalam PRU nanti,” kata Wan Mohd. Nor kepada pemberita selepas hadir merasmikan majlis perhimpunan bulanan JBPM di sini hari ini.

Ketika ini cuma anggota dan pegawai polis serta tentera selain petugas SPR sahaja dibenarkan untuk mengundi awal beberapa hari selepas tarikh penamaan calon kerana mereka perlu bersiap siaga sepanjang PRU.

Menurut Wan Mohd. Nor lagi, hari pengundian ketika PRU merupakan waktu yang paling kritikal kerana pihaknya perlu menjaga pelbagai aspek keselamatan dan tidak boleh meninggalkan tempat pengiraan undi.

Sehubungan itu, jelas beliau, cuti sebahagian besar daripada petugas JBPM juga akan dibekukan seminggu sebelum dan selepas PRU bagi membuat segala persiapan rapi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: BombaJBPM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd