• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Dirantai Pada Tong Gas: Suami Isteri Didakwa

oleh Ahmad Albab
12/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan menganiaya anak mereka yang berusia 10 tahun dengan merantai lehernya pada tong gas, bulan lepas.

Mohd Farid Fikri Mohamad, 32, yang merupakan anggota tentera dan isterinya Fatimah Muhammad Zain, 37, dengan tenang membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Unaizah Mohd.

Mereka didakwa menganiaya kanak-kanak itu di bawah jagaan mereka sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa di sebuah rumah di Bandar Indera Mahkota di sini antara pukul 1 pagi hingga 9.15 pagi, 5 Oktober lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Seksyen itu juga memperuntukkan hukuman tambahan bon berkelakuan baik untuk tempoh dan syarat yang difikirkan sesuai oleh mahkamah serta melakukan khidmat masyarakat tidak melebihi 240 jam.

Mereka juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan membiarkan anak itu tanpa membuat persediaan untuk pengawasan dan pemeliharaan yang sepatutnya antara pukul 8 pagi, 31 September hinggga 10.30 malam, 4 Oktober di tempat yang sama.

Mangsa merupakan anak kandung Fatimah hasil perkahwinan terdahulu dengan seorang pencuci kereta di Melaka dan selepas kejadian itu, kanak-kanak itu bersama abangnya tinggal bersama ayah kandung mereka.

Pada prosiding itu, peguam Noor Svetlana Mohd Noor Nordin merayu agar mahkamah mengurangkan jaminan RM8,000 setiap seorang yang diitawarkan Timbalan Pendakwa Raya Shahrul Ekhsan Hassim atas alasan keadaan kewangan anak guamnya tidak begitu baik.

Noor Svetlana juga memaklumkan Mohd Farid Fikri telah berkhidmat sebagai anggota tentera selama 13 tahun dan tidak pernah mempunyai rekod buruk, sehingga seorang pegawainya hadir di mahkamah untuk memberi sokongan moral.

Unaizah kemudian menetapkan jaminaan sebanyak RM6,000 untuk kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan sebutan semula pada 9 Januari 2018 untuk penyerahan dokumen dan laporan perubatan. – BERNAMA

Tags: Kes deraSuami Isteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

05/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun diselamatkan selepas disyaki didera ibu kandungnya hingga cedera parah di sebuah...

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

10/11/2025
0

Georgetown: Polis Pulau Pinang membongkar sindiket pengedaran dadah bunga ganja bernilai RM8.6 juta dalam dua serbuan yang dijalankan di Bukit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd