Sample Page Title

KUCHING – Anugerah Media Pembinaan CIDB 2017 (AMP 2017) Sarawak anjuran Kementerian Kerja Raya bertujuan memberi penghargaan kepada pengamal media yang sentiasa menyokong kementerian tersebut menerusi penghasilan artikel dan gambar.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata penganjuran AMP kali keempat itu, menyaksikan 42 penyertaan diterima bagi tiga kategori dipertandingkan iaitu kategori media cetak, media elektronik dan penyiaran dalam talian serta fotografi.

“AMP 2017 Sarawak menerima 29 penyertaan kategori media cetak, empat pencalonan kategori media elektronik dan penyiaran dalam talian serta sembilan kategori fotografi. Malam ini adalah untuk rakan-rakan media sebagai penghargaan atas penat lelah serta penghasilan artikel dan gambar berkait sektor pembinaan.

“Penyertaan ini amat penting bagi kami (kementerian) supaya selain menguar-uarkan turut menyampaikan maklumat kepada rakyat berhubung kait sektor pembinaan,” katanya dalam ucapan pada majlis anugerah tersebut di sini malam tadi.

Bagi kategori fotografi AMP 2017 Sarawak tiada pemenang utama, menyaksikan jurufoto Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Sarawak Muhammad Razali Nordin memenangi hadiah sagu hati dengan gambar bertajuk, ‘Pembinaan Pan Borneo Telok Melano Rancak’.

Turut memenangi hadiah sagu hati kategori tersebut ialah jurufoto The Star, Zulazhar Sheblee.

Mereka membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta sijil penghargaan.

AMP 2017 menerima 209 penyertaan yang dibahagikan kepada tiga kawasan liputan iaitu Semenanjung, Sarawak dan Sabah. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...