• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AKPK Selesai 14,973 Kes Libatkan RM600.6j

oleh AK-47
28/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menyelesaikan 14,973 kes melibatkan RM600.6 juta antara 2006 dan 31 Okt, 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif, Azaddin Ngah Tasir berkata, sejak ditubuhkan pada 2006, agensi itu memberi kaunseling melibatkan 648,295 kes dengan penyertaan 203,079 individu menerusi program pengurusan kredit (DMP) untuk membantu mereka menguruskan semula kewangan masing-masing.

“Perangkaan kami menunjukkan 12.8 peratus daripada pelanggan DMP berusia di bawah 30 tahun, 70.6 peratus berusia antara 30 dan 50 tahun, 16.6 peratus lagi di atas 50 tahun,” katanya kepada pemberita semasa pelancaran aplikasi mudah alih ‘Financial Insight’ oleh Visa dan AKPK di sini, hari ini.

Azaddin berkata, 44.2 peratus pelanggan DMP mengakui bahawa mereka mengalami masalah kewangan disebabkan perancangan kewangan yang lemah.

“Ini jelas menunjukkan kepentingan pendidikan kewangan, dan AKPK akan mempergiatkan usaha​​​​​​ ​menerusi banyak kerjasama untuk mendidik rakyat Malaysia.

“Kerjasama itu adalah bersama-sama rakan kongsi strategik dan institusi kewangan, termasuk Visa, agensi kerajaan, organisasi swasta, institusi pengajian tinggi, badan bukan kerajaan dan koperasi,” katanya.

Mengenai aplikasi perbankan mudah alih ‘Financial Insight’, Azaddin berkata, kaji literasi kewangan​​​​​​​oleh Visa dan AKPK yang dijalankan pada Ogos 2017 mendapati lebih separuh rakyat Malaysia mungkin tidak bersedia dari segi kewangan untuk persaraan.

Beliau berkata, pembangunan aplikasi itu akan membantu orang ramai, khususnya generasi muda yang lebih selesa menggunakan telefon bimbit, memandangkan ia merupakan alat berkesan untuk menyebarkan pendidikan kewangan.

Azaddin berkata, golongan belia perlu melaksanakan pengurusan kewangan berhemat sebagai satu cara hidup dan memanfaatkan sepenuhnya aplikasi mudah alih itu untuk menentukan masa depan​​​​​​​ kewangan dan sehingga persaraan mereka
“Penting untuk menyemai prinsip kewangan asas, termasuk perancangan kewangan, hidup mengikut kemampuan, mendapatkan bantuan lebih awal dan berurus niaga hanya dengan institusi kewangan yang diperakui sah,” katanya.

Sejak ditubuhkan, AKPK memperluaskan kesedaran kewangan menerusi penglibatan media sosialnya dengan melaksanakan bicara kewangan, jelajah dan penyertaan dalam forum/seminar di seluruh negara, disokong 11 cawangannya di seluruh negara. – BERNAMA​​​

Tags: Azaddin Ngah Tasir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd