• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akhirnya, Jamal Abdillah Kenalkan Isteri Barunya!

oleh AK-47
21/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS tujuh bulan ‘mengunci mulut’, penyanyi veteran popular Datuk Jamal Abdillah memperkenalkan isteri barunya Zai Izzati Khairuddin, 23, kepada para peminatnya.

Menurut Raja Pop tanah air berusia 58 tahun itu, jarak umur 35 tahun antara mereka adalah “Ketentuan Ilahi” dan dia amat gembira memounyai seorang isteri yang penyayang dan mengambil berat tentangnya.

“Berkahwin sekali lagi bukanlah mudah, terutama sekali apabila anda berkahwin dengan seseorang yang bertahun-tahun lebih muda. 

“Saya akui perjalanan kami sebagai pasangan suami isteri baru sahaja bermula, dan masih banyak lagi yang kemi perlu belajar tentang diri satu sama lain,” kata Jamal.

Penyanyi itu turut mengakui bahawa Zai merupakan seorang wanita muda dan bergaya jika nak dibandingkan dengan dirinya, dan oleh kerana itu Jamal sentiasa cuba ‘mengawal’ sesetengah kebiasaan isterinya yang ‘terlalu trendy‘.

“Saya mempunyai tanggungjawab yang perlu dilunaskan sebagai seorang suami dan dalam masa yang sama, saya juga belajar perkara baru tentang dia (isteri). Kunci kebahagiaan berumah tangga adalah tolak ansur,” kata Jamal lagi.

Jamal dan Zai bernikah hanya sebulan setelah mengenali antara satu sama lain.

Baca: Jamal Abdillah Sah Kahwin Kali Keempat

Tidak dinafian, memang terdapat suara-suara kurang senang daripada sesetengah rakan dan ahli keluarga mereka yang menyifatkan mereka terlalu cepat mahu bernikah, namun Jamal tidak bersetuju dengan pendapat itu.

“Saya telah berfikir masak-masak dan juga telah membincangkannya dengan ahli keluarga saya. Pertama kali bertemu, kami tidak keluar berdua terlalu kerap dan sentiasa bersembang melalui telefon,” jelas Jamal.

Ini merupakan pernikahan keempat buat Jamal yang sebelum ini pernah berkahwin dengan Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad.

Jamal mempunyai dua orang putera lelaki iaitu Osama Yamani, 16, hasil perkahwinannya dengan Noraina dan Ahmad Zaki Yamani, 10, daripada isteri ketiganya, Fatimatuzahrah. – MYNEWSHUB.CC

Tags: jamal abdillah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jamal Tarik Diri Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional

Jamal Tarik Diri Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional

17/12/2022
0

KUALA LUMPUR: Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, 63, mengumumkan penarikan diri sebagai Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN). Ikuti Mynewshub: Telegram...

Jamal Bakal Dapat Anak Lagi Pada Usia 60 Tahun

24/07/2019
0

KUALA LUMPUR – Pada usia 60 tahun, penyanyi Datuk Jamal Abdillah bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka dilahirkan isterinya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd