• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Ikrar Sokongan Bantuan Pengangkutan

oleh Ahmad Albab
07/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengendali penerbangan tambang rendah, AirAsia, mengumumkan syarikat itu akan menyokong usaha bantuan banjir Pulau Pinang dengan menawarkan bantuan kepada pertubuhan bukan membuat keuntungan, yang memerlukan pengangkutan udara untuk mengangkut barang bantuan serta menerbangan petugas perubatan ke Pulau Pinang.

“Kami sedih atas tragedi banjir di Pulau Pinang dan kami berjanji untuk melakukan apa yang kami mampu bagi membantu meringankan kesengsaraan yang dialami oleh penduduk Pulau Pinang.

“AirAsia komited dengan falsafah bahawa tiada perbadanan boleh hidup berasingan daripada komuniti dalam perkhidmatannya, dan sudah menjadi tanggungjawab kami untuk membantu ketika diperlukan,” kata Pengerusi Eksekutif AirAsia Bhd, Datuk Kamarudin Meranun.

Agensi bantuan yang memerlukan pengangkutan udara untuk mengangkut barangan bantuan dialu-alukan untuk mengemukakan permintaan kepada [email protected], dan arahan mengenai pengiriman dan keperluan kargo akan diberikan selepas dinilai, katanya.

Petugas perubatan, yang dikehendaki berada di Pulau Pinang, juga boleh mengemukakan permintaan kepada [email protected] untuk tujuan penerbangan, kata Kamarudin, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif KumpulanAirAsia X.

Orang ramai boleh melayari Facebook AirAsia (facebook.com/AirAsia) dan Twitter (twitter.com/AirAsia) untuk mendapatkan maklumat mengenai usaha bantuan AirAsia, katanya. – BERNAMA

Tags: AirAsia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR, 22 April – Suasana tegang tercetus dalam sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing ke Kuala Lumpur apabila seorang penumpang...

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd