Friday, July 26, 2024

Creating liberating content

Dasar Perumahan Mampu Milik...

SEREMBAN - Kerajaan negeri menerusi Dasar Perumahan Mampu Milik menetapkan sebanyak 50 peratus...

Gambar Kemeriahan Majlis Resepsi...

BAK puteri kayangan! Itu gambaran yang cukup tepat diberikan kepada pengantin cantik, pelakon...

Polis Nafi Sebaran Whatsapp...

KOTA KINABALU - Polis Sabah hari ini menafikan dakwan kononnya terdapat ancaman kumpulan...

Rakyat Sekali Lagi Didendang...

 1. Menjelang tahun baru 2019, rakyat sekali lagi didendangkan dengan harapan palsu daripada...

Air Pasang Besar Akibatkan Banjir Termenung

KOTA BHARU – Air pasang besar yang dijangka berlaku antara 2 dan 6 Dis ini boleh menyebabkan penduduk di sekitar tebing Sungai Golok di Tumpat berdepan dengan ‘banjir termenung’.

Banjir termenung merujuk kepada keadaan air yang tidak dapat mengalir keluar dengan baik ke dalam saliran dan bertakung untuk satu tempoh yang lama.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan Kamal Mustapha berkata pihaknya menjangkakan banjir termenung itu berlaku selama dua minggu.

“Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang ketika ini ialah 10.66 meter dan banjir akan reda jika paras air surut bawah 9.5 meter (paras bahaya 9 meter).


“Beberapa anak sungai di sebelah Selatan Thailand juga akan mengalir ke Sungai Golok dan sudah pasti memberi kesan kepada kawasan tebing sungai berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Bilik Operasi Banjir JPS Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata banjir termenung itu dijangka melibatkan kawasan seluas 77 kilometer persegi di jajahan Tumpat. – BERNAMA

Kategori