• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AFC 2018: Skuad B-19 Negara Benam Indonesia 4-1

oleh Ahmad Albab
06/11/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skuad Bawah-19 (B-19) negara mencerahkan peluang layak ke Kejuaraan B-19 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018, selepas membenam Indonesia 4-1 pada aksi kelayakan hari ini.

Selatan hari ini, skuad negara membuka jaringan menerusi penyerang negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak seawal minit ketujuh menerusi sepakan penalti, sebelum Akhyar Rashid menggandakan jaringan pada minit ke-34.

Indonesia, yang telah pun mengesahkan kelayakan ke kejohanan itu sebagai tuan rumah, kemudian bangkit merapatkan jurang dua minit sebelum babak pertama berakhir menerusi Hanis Saghara Putra.

Sejurus selepas separuh masa kedua bermula, skuad kendalian Bojan Hodak sekali lagi bertindak pantas untuk mendapatkan jaringan menerusi Shivan Pillay Asokan pada minit ke-47.

Lima minit kemudian, Hadi Fayyadh melengkapkan sepakan penalti keduanya menerusi sepakan kencang yang gagal dihalang oleh penjaga gawang Indonesia, Gianluca Pagliuca Rossy, selepas Malaysia dihadiahkan penalti kerana kekasaran Muhamad Luthfi Baharsyah ke atas pemain negara di dalam kotak penalti.

Malaysia memulakan kempen kelayakan menerusi kemenangan 3-1 ke atas Timor Leste pada Selasa lalu, sebelum mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Brunei, dan akan bertemu pasukan tuan rumah, Korea Selatan pada Rabu ini dalam aksi terakhir.

Mengikut format kelayakan, hanya kesemua 10 juara kumpulan (Kumpulan A-J) dan lima naib juara terbaik kumpulan layak ke pusingan akhir di Indonesia, yang akan berlangsung dari 8 Okt hingga 4 Nov 2018.

Empat pasukan teratas di Indonesia akan layak secara automatik ke Piala Dunia B-20 2019 FIFA, sebagai wakil AFC. – BERNAMA

Tags: Kelayakan B-19 AFC 2018
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

3 Muka Baharu Hadapi Kelayakan B-19 AFC 2018

26/10/2017
0

KUALA LUMPUR – Tiga muka baharu adalah antara 23 pemain disenaraikan Bojan Hodak untuk menggalas cabaran skuad Bawah 19 (B-19)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd