• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Universiti Tempatan Capai Penarafan 6 Bintang

oleh Ahmad Albab
17/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lapan universiti tempatan dianugerahkan penarafan enam bintang (sangat cemerlang), iaitu pengiktirafan tertinggi Majlis Penarafan Universiti dan Kolej Universiti (SETARA) 2017.

Lapan universiti berkenaan ialah Universiti Malaya (UM); Universiti Teknologi Malaysia (UTM); Universiti Teknologi Petronas (UTP); Universiti Putra Malaysia (UPM); Universiti Sains Malaysia (USM); International Medical University Malaysia (IMU), Monash University Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata sebanyak 58 daripada 71 universiti dan kolej universiti yang layak dinilai SETARA 2017 berjaya mencapai penarafan empat bintang ke atas.

Katanya daripada 58 institusi, lapan universiti mencapai enam bintang (sangat cemerlang), 21 universiti mendapat lima bintang (cemerlang) manakala 29 universiti lagi menerima empat bintang (sangat baik).

“Selepas empat tahun (2013) kita telah mula penarafan dan hari ini berjaya dengan SETARA baharu yang mengukur kemampuan universiti-universiti kita di peringkat kecemerlangan negara dan juga sebenarnya setara dengan penandaaras di peringkat antarabangsa,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan sijil SETARA 2017 kepada universiti berkenaan dan pelancaran instrumen penilaian SETARA 2017 hari ini.

Idris berkata SETARA 2017 dilaksanakan melalui penilaian beberapa kriteria antaranya keupayaan pensyarah, kewangan yang kukuh, kualiti pengajaran dan pembelajaran serta hasil penyelidikan dan inovasi.

21 universiti yang dikategorikan penarafan lima bintang (cemerlang) SETARA 2017 ialah Universiti Tenaga Nasional (UNITEN); Universiti Utara Malaysia (UUM); Swinburne University of Technology (Kampus Sarawak); Curtin University; The University of Nottingham Malaysia Campus; Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Turut tersenarai ialah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP); Universiti Teknologi MARA (UiTM); Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS); Taylor’s University; UCSI University; Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM); Universiti Malaysia Pahang (UMP); Management and Science University (MSU); Sunway University; Asia Pacific University of Technolgy and Innovation (APU); Universiti Malaysia Terengganu (UMT); The Global University of Islamic Finance (INCEIF); Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR); Cyberjaya University College of Medical Sciences dan Lincoln University College. – BERNAMA

Tags: Idris JusohUniversiti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia Diajar Di Semua Universiti Mulai Tahun Ini

Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia Diajar Di Semua Universiti Mulai Tahun Ini

20/01/2026
0

PUTRAJAYA: Pembelajaran Perlembagaan Persekutuan dan sejarah Malaysia akan diperkenal menerusi mata pelajaran umum di semua universiti termasuk swasta kepada seluruh...

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd