• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

62,153 Etnik Rohingya Di Malaysia Setakat 30 Sept

oleh Ahmad Albab
13/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sejumlah 62,153 etnik Rohingya berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) setakat 30 Sept lalu, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata daripada jumlah itu, 53,811 adalah pelarian manakala 8,342 adalah pemohon suaka.

“Untuk tempoh yang sama juga, seramai 2,061 etnik Rohingya telah ditempatkan ke negara ketiga oleh UNHCR,” katanya menjawab soalan Datuk Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) mengenai langkah kerajaan dalam menangani isu penganiayaan terhadap Rohingya serta statistik terkini pelarian etnik itu di negara ini.

Bagaimanapun Shahidan berkata maklumat taburan etnik itu berdasarkan negeri masih belum diterima daripada suruhanjaya tersebut.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan sentiasa berusaha menangani isu Rohingya termasuk membuat gesaan terhadap kerajaan Myanmar berhubung penganiayaan etnik itu dalam forum serantau antarabangsa ASEAN dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

​​​​​​​Menurut Shahidan, pemegang kad UNHCR bebas bergerak di dalam negara ini, bagaimanapun mereka perlu mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Kepada soalan tambahan Datuk Kamarudin Jaffar (PKR-Tumpat), sama ada kerajaan bercadang mewujudkan mekanisme tersendiri untuk menghitung jumlah pelarian Rohingya di negara ini, Shahidan berkata Kementerian Dalam Negeri sedang dalam langkah membuat ‘exchange of letter’ dengan pihak UNHCR untuk mendapatkan maklumat bukan sahaja berkaitan Rohingya tetapi juga pelarian lain di negara ini.

Sementara itu, beliau berkata lokasi khusus pembinaan hospital medan tajaan Malaysia bagi membantu pelarian Rohingya di Bangladesh akan ditentukan oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara. – BERNAMA

Tags: Etnik RohingyaShahidan Kassim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Pemberi Maklumat Perlu Dilindungi, Akta Kebebasan Maklumat Tak Boleh Dibuat Tergesa-gesa’

Dewan Rakyat Kecoh Shahidan Dakwa Jimmy Puah Sokong Israel

30/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh seketika selepas Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) mendakwa Jimmy Puah (PH-Tebrau) mengeluarkan kenyataan menyokong Israel....

Shahidan Kemuka Usul Tergempar Benarkan Pengeluaran Bersasar KWSP

Shahidan Kemuka Usul Tergempar Benarkan Pengeluaran Bersasar KWSP

20/02/2023
0

Kuala Lumpur : Biarpun usulnya ditolak Yang Dipertua Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim tetap komited mengusulkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd