• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

48 Jam 1,500 Tempahan, Rakyat Malaysia Terbeban?

oleh AK-47
12/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KHAMIS depan, Perodua secara rasminya akan melancarkan model baharu Myvi yang dijanjikan dengan pelbagai rekaan terkini dan ciri terbaharu lebih menarik.

Lima varian Myvi generasi ketiga itu bakal ditawarkan pada harga yang begitu kompetitif di pasaran tempatan, iaitu bermula dari serendah RM44,300 sehingga RM55,300.

Menariknya, kesemua varian ditawarkan dengan ciri standard seperti lampu depan LED, butang penghidup enjin, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Tarikan (TRC) dan Lampu Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS).

Penawaran bijak ini sekali gus membuatkan Myvi edisi ketiga pasti antara pilihan kenderaan rakyat Malaysia yang berpendapatan sederhana berbanding model jenama lain untuk segmen sama.

Bahkan paling mengejutkan ramai, model kompak kegemaran rakyat Malaysia ini turut dikhabarkan laris apabila telah menerima 1,500 unit tempahan sejak ia dibuka pada 9 November lalu. Wow!

Menurut blog automotif terkenal, Paultan.org, ia merupakan rekod tempahan tertinggi yang pernah diterima oleh mana-mana model Perodua sebelum ini, malah lebih tinggi daripada jumlah tempahan model Bezza pada tahun lalu.

Biarpun keadaan sosio-ekonomi negara pada ketika ini dikatakan tidak begitu stabil, namun ia ternyata tidak menghalang kemahuan rakyat Malaysia untuk membelanjakan sejumlah wang bagi membeli kereta baharu.

Jadi secara congak mudah matematik, pada setiap jam kira-kira 31 unit Myvi baharu telah ditempah oleh bakal pembeli di seluruh Malaysia atau secara purata sebuah kereta dalam masa dua minit!

Jumlah itu baru memasuki hari kedua, bagaimana pula jumlah keseluruhan tempahan pada minggu ini? Tidak mustahil rasanya jika ia mencecah sehingga 6,000 unit.

Jadi di manakah desas-desus puak pembangkang yang mengatakan pelaksanaan beberapa dasar yang ditetapkan kerajaan hanya membeban dan menaikkan kos sara hidup rakyat Malaysia?

Memang tidak dinafikan perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), mahupun penetapan kaedah pengapungan harga minyak petrol sedikit sebanyak memberi impak kepada perbelanjaan harian rakyat.

Namun dua langkah yang ditetapkan ini sebenarnya merupakan tindakan bijak kerajaan untuk mengurangkan defisit negara, sekali gus mengelakkan Malaysia daripada terjerumus kemelesetan ekonomi lebih teruk.

Apa yang pasti jika benar rakyat dibebani, sudah pastinya jualan model Myvi serba baharu ini tidak ‘semeriah’ 1,500 unit dalam masa dua hari sahaja, betul tak? – MYNEWSHUB.CC

Tags: myviPeroduaPerodua Myvi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perodua Traz 2026 Dikhabarkan Bakal Dilancar Minggu Hadapan

Perodua Traz 2026 Dikhabarkan Bakal Dilancar Minggu Hadapan

14/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Dunia automotif tempatan kembali hangat apabila sebuah model baharu yang didakwa sebagai Perodua Traz 2026 mula tular...

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

25/09/2025
0

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd