• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Lelaki Ditahan Dipercayai Terlibat Kes Samun

oleh Ahmad Albab
07/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis memberkas empat lelaki tempatan dipercayai terlibat sekurang-kurangnya dalam enam kes samun dan curi motosikal di sekitar Gelang Patah dan Iskandar Puteri, sejak sebulan lepas.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Noor Hashim Mohamad berkata seorang daripada mereka ditahan Khamis lepas manakala tiga yang lain pada Ahad.

“Penahanan dibuat selepas Balai Polis Gelang Patah menerima laporan daripada seorang lelaki Rohingya berumur 28 tahun yang bekerja sebagai buruh pada 1.45 pagi, Ahad lepas.

“Lelaki (pengadu) itu mendakwa dia bersama tiga rakan yang tinggal di sebuah rumah ubah suai di sekitar Gelang Patah didatangi empat lelaki bersenjatakan besi dan pisau pada 1.15 pagi, hari sama, lalu memaksanya menyerahkan barang berharga,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noor Hashim berkata seorang daripada suspek kemudian berjaya ditangkap oleh lelaki Rohingya dan rakan-rakannya manakala tiga yang lain dapat melarikan diri.

Beliau berkata bertindak atas maklumat dan risikan, polis telah menahan tiga suspek yang melarikan diri itu kira-kira 5.25 petang, Ahad lepas di kawasan ladang sawit di Gelang Patah.

Katanya, polis merampas pelbagai barangan hasil samun dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk menyamun termasuk satu beg tangan, sebuah kereta Perodua Kancil berserta kunci, sebuah motosikal jenis Honda, dadah jenis syabu dianggar seberat 0.21 gram, satu televisyen 60 inci, satu kipas dinding serta sekeping nombor pendaftaran motosikal.

Menurut Noor Hashim, ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek berumur 21 hingga 28 tahun itu positif dadah jenis methamphetamine.

“Kesemua suspek mengaku terlibat dalam enam kes samun di sekitar kawasan Gelang Patah dan Iskandar Puteri sejak sebulan lepas. Dengan tertangkapnya mereka, polis percaya berjaya menyelesaikan tiga kes samun bersenjata pisau, satu kes ragut, satu kes curi motosikal dan satu kes pecah rumah,” katanya.

Kesemua suspek direman mulai semalam hingga Ahad ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan tanpa bersenjata api. – BERNAMA

Tags: kes samunpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd