• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Maut Kemalangan Lori, Treler Di Segamat

oleh Ahmad Albab
05/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEGAMAT – Tiga maut dan dua cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan sebuah treler di Jalan Pulapol (Jalan Pintasan Segamat), di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, pemandu lori Rahmani Warni, 58, bersama dua penumpang lori berkenaan Amir Hassan, 30, dan Eriman Yaatim, 34, terkorban di tempat kejadiaan akibat kecederaan parah manakala pemandu treler, M. Abimanan, 27, dan penumpangnya pula, S. Rajeswary, 23, hanya mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Segamat Supt Raub Selamat berkata kemalangan itu dipercayai berlaku apabila secara tiba-tiba lori dari arah Batu Anam menghala ke Segamat masuk ke laluan treler terbabit.

“Pemandu treler cuba mengelak ke bahagian kanan jalan, namun tetap bertembung dengan lori tersebut yang datang dari arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata lokasi kejadian adalah jalan selekoh dengan dua lorong dua hala dan terdapat garisan berkembar di tengah jalan sebagai pembahagi jalan.

“Kemalangan berlaku pada waktu petang, cahaya terang, cuaca baik selepas hujan dan permukaan jalan basah,” katanya.

Raub berkata lori itu mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan dan treler pula pada bahagian sisi sebelah kiri hadapan.

Mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Segamat untuk bedah siasat, manakala kenderaan terbabit dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) Segamat untuk pemeriksaan. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautpemandu lori
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd