• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Lelaki Terjatuh Dalam Tangki Minyak Diesel

oleh AK-47
05/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAWANG – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga warga tempatan dipercayai terjatuh dalam sebuah tangki minyak diesel yang meletup di sebuah kilang simen di Jalan Kuang Garing, Rawang dekat sini, petang tadi, dijangka selesai esok.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata ia susulan pasukan penyelamat terpaksa mengeluarkan lebih 725,000 liter minyak diesel dari tangki setinggi 4.26 meter itu bagi mengesan mangsa.

“Tujuh lori tangki digunakan dalam kerja-kerja mengeluarkan minyak berkenaan…ia akan mengambil masa yang agak lama untuk mengesan mangsa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, ketika kejadian ketiga-tiga mangsa sedang melakukan kerja penyelenggaraan di atas tangki sebelum berlaku letupan yang mengakibatkan mereka terjatuh.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang tadi, tiga lelaki tempatan berusia 28 hingga 49 tahun yang belum dikenal pasti identiti mereka, terjatuh selepas berlaku letupan di tangki minyak diesel itu.

Sementara itu, Lafarge dalam kenyataan hari ini berkata kebakaran tercetus di Loji Rawang syarikat itu antara 4.15 hingga 4.20 petang dan dipadamkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat sejurus tiba di tempat kejadian.

Syarikat itu berkata mereka menjalankan siasatan menyeluruh mengenai punca kejadian itu.

“Tiga orang masih hilang, anggota bomba dan pasukan loji bekerja sepanjang malam untuk mencari mangsa. Keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai insiden itu dan kami akan memaklumkan perkembangan terkini kepada mereka dan menghulurkan sokongan yang diperlukan.

“Doa dan ingatan kami sentiasa bersama-sama mereka,” kata syarikat simen itu dalam kenyataan di sini. – BERNAMA

Tags: tangki minyakTerbakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hutan Paya Gelam, Pagoh Seluas 54 Hektar Pula Terbakar

Hutan Paya Gelam, Pagoh Seluas 54 Hektar Pula Terbakar

08/02/2026
0

MUAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) mengesan satu lagi kebakaran semalam membabitkan kawasan hutan Paya Gelam, Mukim Jorak, Pagoh seluas...

12 Pekerja Melecur, Dandang Kilang Meletup

12 Pekerja Melecur, Dandang Kilang Meletup

26/07/2025
0

Bintulu: Seramai 12 pekerja cedera dengan kesan melecur pada badan dan tangan masing-masing akibat disambar api ketika berusaha memadam kebakaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd