• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Beranak Maut Dibunuh, Seorang Cedera

oleh Ahmad Albab
16/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Tiga beranak ditemui mati dibunuh di sebuah rumah yang dijadikan stor barangan hardware kepunyaan keluarga itu di Taman Bahagia, Wakaf Mek Zainab di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Din Ahmad berkata mangsa adalah Kha Eng Ni, 42, dan isteri, Chua Joo Seok, 43, serta anak lelaki mereka, Kha Zee Hanz, 13.

“Pasangan terbabit dipercayai ditikam beberapa kali menggunakan senjata tajam di bahagian dada manakala anak lelaki mereka maut selepas dipercayai dipukul di bahagian belakang kepala menggunakan benda keras,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini.

Din berkata seorang lagi mangsa yang juga anak pasangan itu berusia 15 tahun cedera parah kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini, dan keadaannya dilaporkan kritikal.

Beliau berkata ​​​polis mengetahui kejadian itu selepas menerima panggilan daripada seorang lelaki pada pukul 2.30 petang mengatakan ternampak satu mayat berlumuran darah di hadapan rumah mangsa.

Beliau berkata sebaik menerima panggilan sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan menemui mayat seorang lelaki di hadapan rumah dalam keadaan berlumuran darah.

Katanya pemeriksaan lanjut menemui mayat isteri mangsa di bahagian dapur dan mayat anak pasangan terbabit di bahagian tengah rumah.

“Siasatan awal polis menemui kesan tapak kaki berlumuran darah di bahagian tangga rumah dua tingkat itu. Polis juga percaya berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek sebelum mangsa menghembuskan nafas terakhir.

“Polis percaya rumah dua tingkat itu dijadikan sebagai stor barangan hardware dan mangsa sekeluarga datang ke situ untuk tujuan mengaudit barangan, ” katanya.

Difahamkan, dua lagi anak mangsa berusia lapan dan 18 tahun terselamat dalam kejadian itu kerana tiada di tempat kejadian ketika itu.

Din berkata siasatan awal pembunuhan itu dipercayai bermotifkan dendam berikutan tiada wang atau barangan berharga milik mangsa hilang dan suspek mungkin berseorangan.

Katanya senjata yang digunakan kemungkinan pisau yang ada di rumah terbabit dan suspek dikatakan melarikan diri menggunakan van milik mangsa.

“Susulan kejadian itu polis Kelantan menubuhkan satu ‘taskforce’ khusus bagi melakukan siasatan kes berkenaan.

“Kita juga akan menjalankan sekatan jalan raya di beberapa lokasi dan cuba mendapatkan maklumat daripada orang ramai mengenai kejadian ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, ” katanya. – BERNAMA

Tags: kes bunuhpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd