• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Beradik Tionghua Curi Tumpuan, Sertai Berkhatan

oleh Ahmad Albab
25/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Majlis berkhatan anjuran Rukun Tetangga (KRT) Taman Mahsuri dekat sini mencuri tumpuan dengan kehadiran tiga beradik berketurunan Tionghua untuk dikhatankan di Dewan Orang Ramai Taman Mahsuri, hari ini.

Lee You Jin, 4; Lee You Quan, 7 dan Lee Ming Xuan, 10 dikhatankan bersama-sama 57 peserta lain berusia empat hingga 11 tahun.

Menurut bapa mereka Lee Kaw Seng, 40 , keputusan untuk mengkhatankan tiga anaknya itu dibuat selepas mendapat pelawaan daripada rakan-rakannya yang berbangsa Melayu.

“Saya tak paksa mereka tetapi mereka yang nak berkhatan dalam majlis itu kerana kami tahu kebaikan berkhatan dan dapat mengeratkan hubungan yang sedia terjalin, ” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Seorang daripada anaknya, Ming Xuan berkata pada mulanya dia berasa takut, namun selepas mendapat kata-kata semangat dari rakan-rakan Melayu perasaan itu hilang.

“Seronok, sakit sikit saja… saya lega dah selamat bersunat dengan kawan-kawan lain dan selepas ini boleh bermain seperti biasa, ” katanya.

Nenek mereka, Bok Yat Choo, 59, berkata amalan berkhatan tidaklah asing bagi kaum mereka malah dia turut membuat persiapan termasuklah mengenal pasti makanan pantang agar mereka cepat sembuh.

Sementara itu, Pengerusi KRT Taman Mahsuri, Ahmad Shaker Ahmad berkata majlis yang julung kali diadakan berkenaan mendapat sambutan luar biasa dengan 60 peserta berbanding sasaran hanya 50 orang.

Terdahulu, kanak- kanak tersebut diraikan dengan pancutan air jentera bomba dan dibawa menaiki kenderaan pacuan empat roda daerah Kubang Pasu Jerlun (KPJ) mengelilingi sekitar taman tersebut. – BERNAMA

Tags: Berkhatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

2 Doktor Bertugas Di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Mersing

2 Doktor Bertugas Di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Mersing

29/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Negeri Johor menjelaskan terdapat dua doktor bertugas semasa seorang wanita membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan...

Remaja Putus Kepala Zakar Dapat Pampasan RM150,000

23/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Nasib malang remaja lelaki berumur 19 tahun yang terpotong kepala alat zakar ketika berkhatan sembilan tahun lalu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd