• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

258,951.88 Hektar Kawasan Hutan Tadahan Air

oleh Ahmad Albab
21/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Negeri Pahang mempunyai kawasan hutan tadahan air seluas 258,951.88 hektar yang diwartakan di bawah Seksyen 10(1)(e) mengikut Akta Perhutanan Negara 1984.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata Kajian Sumber Air Negara 2000-2050 juga mendapati Pahang masih mempunyai banyak sumber air menjadikan bukan satu keperluan segera untuk mencari alternatif baharu.

“Ini ditambah dengan dua empangan yang telah siap dibangunkan iaitu Empangan Chereh di Kuantan dan Empangan Kelau di Raub. Kami ada terima cadangan untuk bina empangan lain, namun setakat ini masih tiada keperluan,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Adnan berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Abd Aziz Mat Kiram (BN-Batu Talam) yang bertanyakan keluasan kawasan tadahan air yang diwartakan di seluruh negeri ini.

Sementara itu, Adnan turut memaklumkan kerajaan negeri tidak pernah menerima sebarang pulangan daripada kerajaan persekutuan walaupun Pahang merupakan penyumbang terbesar kawasan tadahan air di Semenanjung.

“Setakat ini tidak ada bayaran pun yang kerajaan persekutuan beri kepada kerajaan negeri kerana menyediakan kawasan tadahan air…dan kami pun tidak minta mereka untuk membayar, tapi kalau mereka bayar kami tak marah,” katanya sebagai menjawab soalan tambahan Syed Hamid Syed Mohamed (AMANAH-Kuala Semantan).

Adnan juga megesahkan bahawa kerajaan negeri tidak berhasrat untuk menubuhkan tabung khas bencana kerana perkara itu sudah lama dilaksanakan dalam tabung penyaluran pelbagai jenis bantuan.

“Cara kami menguruskan atau mentadbir negeri ini ada seni sendiri. Kalau berlaku bencana, kami sudah ada tabungnya…untuk bantuan anak yatim, kami juga ada bantuan sendiri. Semuanya dikawal dan diselia,” katanya.

Adnan berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Sim Chon Siang (PKR-Teruntum) yang ingin tahu jika kerajaan negeri berhasrat menubuhkan sebuah tabung bencana seperti Tabung Darul Iman yang diwujudkan di Terengganu. – BERNAMA

Tags: Pahangtadahan air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd