• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2,500 Anggota ATM Sedia Hadapi Banjir Pantai Timur

oleh AK-47
28/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Seramai 2,500 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi banjir yang sedang melanda Kelantan dan Terengganu ketika ini.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata daripada jumlah tersebut, setakat ini, 17 pegawai dan 500 anggota telah berada di lapangan bagi membantu tugas agensi-agensi keselamatan dan bencana yang lain untuk memindahkan mangsa banjir ke beberapa Pusat Pemindahan Banjir (PPS) di kedua-dua negeri berkenaan.

“Selain daripada kekuatan anggota tentera, ATM menyediakan sebanyak 16 buah bot tempur, 30 buah lori tiga tan dan pelbagai peralatan perairan sepanjang operasi ketika bencana banjir berlaku,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia Peringkat Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM Mej Jen Datuk Mohamad Khir Abdullah, Panglima 2 Divisyen Mej Jen Datuk Mohd Ramli Jaafar, Panglima 8 Briged Datuk Nazari Abd Hadi, Yang Dipertua Persatuan Veteran ATM (PVATM) Datuk Seri Muhammad Abdul Ghani dan Ketua Jabatan Pencegahan dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan ACP Samsudin Md Amin.

Seramai 159 veteran ATM yang bertugas dari 1 Jan 1969 hingga 17 Okt 1990 yang terbabit dalam operasi menentang Parti Komunis Malaya (PKM) menerima pingat berkenaan.
​​​​​​​
​​​​​​​​​​​​​​Mohd Johari berkata pegawai dan anggota tentera yang ditugaskan semasa banjir merangkumi beberapa pasukan termasuk penyelamat, pemindahan dan perubatan.

Ditanya mengenai kawalan keselamatan terutama di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan, beliau berkata ada pegawai dan anggota tentera yang khusus menjalankan tugas tersebut dan tidak terlibat dengan operasi berkaitan banjir.

“Kita tetap menjaga sempadan negara walaupun berlakunya bencana kerana kita mengambil kira segala kemungkinan yang boleh berlaku sama ada di darat, laut dan udara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohd Johari Baharum
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Empangan Timah Tasoh Dipantau Setiap Hari Pada Musim Hujan

Next Post

Mekanik Reka Kenderaan Tunda Bantu Mangsa Banjir

Related Posts

RM5.68 Juta Peruntukan Seleggara Sekolah ATM 2016-2017

02/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan membelanjakan sebanyak RM5.68 juta untuk penyelenggaraan sekolah di kem Angkatan Tentera (ATM) pada 2016 hingga...

Kedah Perlu Sokongan Pusat Untuk Terus Maju

06/03/2018
0

KUBANG PASU - Kedah memerlukan sokongan padu Kerajaan Persekutuan untuk terus maju, sekali gus berkembang pesat pada masa hadapan, kata...

Next Post

Mekanik Reka Kenderaan Tunda Bantu Mangsa Banjir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd