• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

23 PATI Dicekup Cuba Keluar Lepas Seminggu Terkandas

oleh Ahmad Albab
12/11/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan 23 pendatang asing tanpa izin (PATI) dipercayai cuba menyeludup keluar dari negara ini menerusi laluan tidak diwartakan di Bandar Penawar dekat Kota Tinggi, malam tadi.

Komander PPM Wilayah 2, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata kesemua 17 lelaki dan enam wanita itu ditahan berasingan di dalam hutan dan pantai Pulau Hijau, Bandar Penawar, dalam serbuan Op Pensura/Landai, mulai 11.15 malam hingga 1.30 pagi tadi

“Kesemua yang ditahan merupakan rakyat Indonesia berumur antara 21 dan 45 tahun,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Khiu berkata pemeriksaan mendapati kesemua mereka tidak mempunyai dokumen sah, tinggal melebihi masa di negara ini selain cuba keluar dari Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mereka telah bersembunyi di kawasan hutan dan pantai tersebut selama seminggu ekoran cuaca buruk untuk pulang ke negara asal menaiki bot pancung.

Katanya kesemua mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar untuk diserahkan kepada Jabatan Imigresen bagi siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002). – BERNAMA

Tags: PatiPPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd