• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

22% Rakyat Brazil Hidup Di Paras Kemiskinan

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIO DE JANEIRO – Bank Dunia berkata 22 peratus daripada rakyat Brazil hidup di bawah paras kemiskinan, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan media tempatan pada Selasa.

Dikategori sebagai negara berpendapatan tinggi, Brazil mempunyai kira-kira 45.5 juta orang yang mempunyai pendapatan kurang US$5.5 sehari, menurut akhbar Folha de Sao Paulo yang memetik laporan Bank Dunia.

Ia berkata Bank Dunia mengubah cara pengukuran kemiskinan dengan menaikkan parasnya daripada US$1.9 kepada US$3.2 bagi negara berpendapatan sederhana rendah dan US$5.5 bagi negara berpendapatan sederhana tinggi.

Menurut kajian Bank Dunia sebelum ini, hanya 8.9 peratus rakyat Brazil hidup di bawah paras kemiskinan iaitu berpendapatan kurang US$1.9 sehari.

“Nasib baik hanya sedikit penduduk yang berpendapatan US$1.9 sehari di Brazil.

“Bagaimanapun, rakyat yang berpendapatan US$2 sehari masih dianggap miskin bagi model Brazil dan negara berpendapatan sederhana tinggi,” lapor akhbar itu yang memetik kenyataan Francisco Ferreira, seorang ahli ekonomi Bank Dunia. – BERNAMA

Tags: bank duniakemiskinan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Malaysia Juga Wajar Haramkan Bank Dunia, IMF, Syarikat Komputer Gergasi, AI Dan Gajet Dari AS – Zaid Ibrahim

Malaysia Juga Wajar Haramkan Bank Dunia, IMF, Syarikat Komputer Gergasi, AI Dan Gajet Dari AS – Zaid Ibrahim

24/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia juga wajar mengharamkan Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan setiap syarikat komputer gergasi, syarikat kecerdasan...

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

Ekonomi Malaysia Berkembang, Pekerjaan Bertambah, Perbelanjaan Rakyat Meningkat – Tengku Zafrul

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan Malaysia sebanyak dua kali dari 4.0 peratus kepada 4.1 peratus dan terkini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd