• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Samun Pengurus Kedai Antik Didakwa

oleh Ahmad Albab
10/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan samun berkumpulan ke atas pengurus kedai barangan antik, awal bulan ini.

Tai Kok Hoo, 43, dan Hasselhoff Nonis, 30, bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan samun berkumpulan dengan melarikan mata wang lama dan setem lama milik Yong Ah Lee, 59, yang keseluruhan bernilai RM10,000.

Tai yang bekerja membaiki telefon bimbit manakala Hasselhoff seorang buruh dituduh melakukan kesalahan itu di kedai barangan antik di Jalan Sepadu Taman United, Brickfields di sini pada 11 pagi, 3 Nov lepas.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan juga sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz tidak menawarkan jaminan terhadap kedua-dua tertuduh.

Hakim Shamsudin Abdullah tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 24 Nov untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: kes samunmahkamah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan tahniah kepada barisan peguam susulan keputusan Mahkamah Tinggi...

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd