• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Aktivis PPIM Didakwa Khianat, Ceroboh Stor Kereta

oleh AK-47
24/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 22 Disember untuk sebutan semula kes Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhamad Yusof Azmi dan Ketua Operasi Unit Tindakan Khas PPIM, Ali Salimin yang didakwa atas dua pertuduhan melakukan khianat dan menceroboh sebuah stor kereta, Julai lepas.

Majistret Nor Afidah Idris menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharih Afendi memaklumkan beberapa dokumen berkaitan kes itu masih belum lengkap dan memohon satu tarikh baharu untuk serahan dokumen.

Peguam Mohd Fadhly Yaacob yang mewakili kedua-dua tertuduh tidak mengemukakan sebarang bantahan terhadap permohonan itu.

Pada 24 Oktober lepas, Muhamad Yusof yang lebih dikenali sebagai Yusof Azmi, 27, dan Ali yang dikenali sebagai Abang Ali, 50, mengaku tidak bersalah dengan niat bersama telah bersubahat melakukan perbuatan khianat dengan memotong kunci pagar Stor Syarikat AGR Auto Trade Sdn. Bhd., yang mana kesalahan tersebut telah dilakukan hasil daripada persubahatan bersama.

Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu di Stor Syarikat AGR Auto Trade Sdn. Bhd., Lot 1926A Sungai Sikamat, Jalan Cheras Batu 13, di sini pada 3.30 petang, 10 Julai lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua mereka turut mengaku tidak bersalah dengan niat bersama telah bersubahat melakukan kesalahan pencerobohan jenayah antara 3.30 petang dan 7.30 malam, di tempat dan tarikh sama mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 kanun serupa, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tiga bulan atau dengan denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: Aktivis PPIMceroboh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

Mayat Wanita Muda Ditemukan Terapung Di Lombong

Lelaki Warga Nepal Diberkas Ceroboh Inap Desa

24/02/2024
0

AMPANG JAYA - Seorang lelaki warga Nepal ditahan kerana menceroboh sebuah inap desa di Kampung Perwira Jaya, Ampang Hilir di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd