• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

16 Pendatang Asing Tanpa Izin Ditahan Di Kota Tinggi

oleh Ahmad Albab
17/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seramai 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk tiga kanak-kanak tanpa dokumen ditahan dalam tiga serbuan berasingan di Bandar Penawar, dekat Kota Tinggi, malam semalam ketika cuba menyeludup keluar dari negara secara haram.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 2 ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata mereka ditahan berasingan di dalam hutan berhampiran pantai Pulau Hijau, Bandar Penawar, dalam serbuan Op Pensura/Landai, yang dijalankan mulai 11 malam sehingga 2 pagi tadi.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada enam lelaki dan tujuh perempuan berusia lingkungan 20 hingga 50-an serta dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki, berusia antara 10 hingga 12 tahun dipercayai rakyat Indonesia,” katanya menerusi kenyataan di sini malam tadi.

Khiu berkata kesemua PATI terbabit ditemui sedang bersembunyi di dalam hutan sementara menunggu bot pancung untuk diseludup keluar ke negara jiran.

“Pasukan Polis Marin Pengerang telah menerima maklumat risikan terdapat aktiviti penyeludupan PATI dijalankan di kawasan terbabit yang membawa kepada anggotanya membuat tiga serbuan berasingan di lokasi tersebut,” kata beliau.

Mereka ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) kerana tidak mempunyai dokumen sah, tinggal melebihi masa di negara ini selain cuba keluar dari Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan. – BERNAMA

Tags: Pendatang Asing Tanpa Izin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Guna Bas Persiaran Seludup 31 Pati

12/03/2021
0

KOTA BHARU - Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Kelantan menahan 31 pendatang tanpa izin (Pati) yang diseludup menggunakan bas persiaran...

Kem PLKN Jadi Pusat Tahanan Sementara Pati

04/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 61 kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Kem Wawasan akan dijadikan Pusat Tahanan dan Kuarantin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd