• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

156,000 Pengundi Belum Mendaftar Di Kelantan

oleh Ahmad Albab
02/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Seramai 156,000 individu yang beralamat di Kelantan dan sudah layak untuk mengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan Fakhrul Razi Ab Wahab bagaimanapun berkata hingga suku ketiga tahun ini, seramai 1.02 juta pengundi telah mendaftar.

“Kita jangkakan seramai 70,000 pengundi akan mendaftar sepanjang Oktober hingga Disember ini dan Januari hingga Mac tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Taklimat Petugas Pilihanraya kepada Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, di sini hari ini.

Taklimat dirasmikan Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Din Ahmad dan turut dihadiri Timbalan Pengarah Pilihan Raya Perak Shazree Idzham Wahab Abdul Rahman.

Fakhrul Razi turut berharap tiada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak pada PRU14 akan datang dan tiada masalah berkaitan pemasangan dan enggan menurunkan bendera serta ceramah membabitkan fitnah.

Sementara itu, Din berkata sepanjang PRU14 nanti, seramai 31 pegawai dan 413 anggota akan menjalankan pemantauan bagi memastikan perjalanan sepanjang kempen dan pengundian berjalan lancar.
Beliau berkata polis akan melakukan rondaan 24 jam bagi memantau suasana dan sebarang salah laku sepanjang pilihan raya.

“Kita ada 1,947 saluran mengundi dan setiap daripadanya akan dijaga oleh seorang anggota, dan sekiranya keadaan memerlukan bantuan kita akan memperolehinya daripada kontinjen luar.

“Pada PRU13 dahulu kita mendapat bantuan daripada 897 pegawai dan anggota luar,” katanya sambil menambah polis Kelantan yakin dapat menangani segala masalah sekiranya PRU14 dijalankan ketika musim tengkujuh. – BERNAMA

Tags: pengundiSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

12/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru semua pihak terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor...

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 11 Julai 2026 sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd