• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15 Maut Dirempuh Berebut Makanan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RABAT – Lima belas maut manakala lima lagi cedera dalam rempuhan ketika berebutkan bantuan makanan yang diedarkan di pasar di barat daya Maghribi, semalam.

Sumber hospital melaporkan 18 kematian, menambah kebanyakan mangsa adalah wanita yang berusaha mendapatkan makanan yang disumbangkan seorang lelaki kaya di bandar Sidi Boulaalam.

Seorang wartawan tempatan berkata, penderma menganjurkan pemberian sama sebelum ini, tetapi tahun ini 1,000 penduduk tiba, menyerbu penghadang besi yang menghempap beberapa wanita.

Raja Mohammed mengarahkan keluarga mangsa diberi bantuan yang diperlukan dan mangsa tercedera dirawat dengan perbelanjaan beliau, kata Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, siasatan jenayah juga dibuka.

Bulan lalu, Raja Mohammed memecat Menteri Pendidikan, Menteri Perancangan dan Perumahan serta Menteri Kesihatan selepas agensi ekonomi mendapati ‘tiada keseimbangan’ dalam melaksanakan pelan pembangunan untuk memerangi kemiskinan di wilayah Rif.

Rif menyaksikan beberapa bantahan selepas seorang peniaga ikan dihimpit sehingga mati secara tidak sengaja dalam trak sampah pada Oktober 2016 selepas konfrontasi dengan polis, dan beliau menjadi simbol rasuah dan penderaan.

Julai lalu, beliau mengampunkan puluhan banduan yang ditahan dalam bantahan dan menuduh pegawai tempatan mencetuskan kemarahan penduduk awam kerana terlalu lambat melaksanakan projek pembangunan. – Reuters/BH ONLINE

Tags: makananmaut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Semakin Banyak Negara Gesa Rakyat Simpan Makanan, Air Minuman Hadapi Kecemasan

Semakin Banyak Negara Gesa Rakyat Simpan Makanan, Air Minuman Hadapi Kecemasan

30/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Semakin banyak negara termasuk Britain, Jepun, Jerman, Sweden dan Norway menggesa rakyat masing-masing menyimpan bekalan makanan, air...

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

08/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Keadaan persekitaran pada pagi kejadian kemalangan yang meragut nyawa tiga beradik di Pontian, Johor, Khamis, dilaporkan berjerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd