Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Ku Li Sukar Menang...

SHAH ALAM - Tengku Razaleigh Hamzah dilihat sukar untuk memenangi jawatan Presiden UMNO...

Tengkorak Milik Bekas Anggota...

Kuala Lumpur - Serpihan tengkorak manusia dengan kesan terbakar yang ditemui di tempat...

TPM Terima Kunjungan Hormat...

PUTRAJAYA - Inisiatif Malaysia dalam menangani jenayah pemerdagangan orang, perkembangan penyertaan Malaysia dalam...

Projek RM500j Ke Atas...

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa mencadangkan projek kerajaan...

1,000 Tiket Percuma Final Piala Malaysia Untuk Kedah

BERITA baik buat penyokong pasukan Kedah yang kempunan gagal membeli tiket bola sepak di Stadium Darul Aman, Alor Setar kelmarin akibat telah diborong secara pukal oleh pihak tertentu.

Sebanyak 1,000 tiket tambahan akan dicetak khas untuk penyokong Kedah sahaja setelah mereka gagal membeli tiket perlawanan akhir Piala Malaysia yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor pada Sabtu ini.

Menurut kenyataan Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) menerusi akaun Facebook pada Jumaat, tindakan itu dibuat ekoran isu 10,000 tiket habis dijual dalam tempoh satu jam di Stadium Darul Aman.

Pengerusinya yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sendiri telah menitahkan FMLLP mencetak semua 1,000 tiket tersebut dan diagihkan secara percuma kepada penyokong Kedah.

Sejumlah 500 tiket boleh didapati secara percuma menerusi dalam talian di ticketonline.com bermula 2.30 petang Jumaat manakala penebusan tiket secara online bermula jam 12 tengah hari esok di Stadium Shah Alam.

Sementara baki 500 lagi tiket percuma itu akan diagih di Stadium Shah Alam bermula jam 4 petang Jumaat di Kuadran A sehingga habis. Setiap keping tiket tersebut sebelum ini dijual di Kedah dan Johor pada harga RM50.

Tiket tambahan ini terhad kepada satu tiket untuk seorang dan sebagai bukti, penyokong Kedah perlu hadir sendiri dengan mengemukakan kad pengenalan kerana ia memang hanya khas untuk penyokong kelahiran negeri itu sahaja.

Kenyataan FMLLP menambah bahawa Tunku Ismail sendiri bertitah mahukan tiket dicetak dengan kuantiti yang seberapa banyak mungkin, namun atas faktor keselamatan di stadium, hanya 1,000 tiket tambahan akan dicetak.

“Semoga dengan usaha murni DYAM Tunku Pengerusi FMLLP ini, sedikit-sebanyak dapat merealisasikan impian sebilangan penyokong Kedah yang tidak mendapat membeli tiket pada asalnya,” kata kenyataan berkenaan lagi.


Semalam, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) terpaksa memohon maaf ekoran sejumlah 8,000 tiket yang dijual di empat kaunter Stadium Darul Aman dan dibuka mulai jam 9 pagi pada Rabu habis dibeli tidak sampai sejam sahaja.

Ini menyebabkan ribuan penyokong tegar skuad Lang Merah ‘berang’ dan berasa kesal dengan cara penjualan yang dilakukan KFA hingga didakwa tidak telus meskipun sejumlah 34,000 keping tiket diperuntukkan kepada Kedah.

Pihak KFA dalam pada itu mendakwa sebanyak 30,000 tiket dijual secara luar talian manakala 4,000 tiket lagi dijual secara dalam talian. Daripada jumlah itu, sebanyak 17,600 tiket diberi kepada 400 pemegang permit bas.

Sementara 1,800 tiket untuk 36 buah badan gabungan KFA, 1,200 tiket kepada pemain dan pegawai KFA, 700 tiket kepada Ahli Badan Eksekutif KFA, 500 tiket kepada penaja serta 200 tiket lagi dijual kepada kakitangan KFA.

Baki 8,000 tiket kemudian barulah dijual secara terbuka di empat kaunter penjualan yang melibatkan lapan laluan. Kedah bakal bertemu JDT pada aksi final piala berprestij tahunan tersebut esok. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori