• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Maut Letupan Bom Di Mali

oleh Ahmad Albab
07/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAMAKO – Sekurang-kurangnya 10 terkorban dalam beberapa serangan di Mali semalam, hingga memaksa Perdana Menteri, Abdoulaye Idrissa Maiga, membatalkan lawatan ke pusat bandar.

Tindakan itu diambil selepas sebuah kenderaan yang sepatutnya melindungi pasukannya melanggar periuk api.

“Seorang anggota tentera kehilangan kaki, manakala dua yang lain dilaporkan cedera,” kata jurucakap kerajaan sambil menambah tiga lagi periuk api turut ditemui di lokasi letupan terbabit.

Sementara itu, jurucakap polis dan pegawai pentadbiran berkata, kepada AFP sebuah bas yang menuju ke kawasan bergolak di Ansongo meletup akibat periuk api semalam, membunuh sekurang-kurangnya empat orang.

“Sekurang-kurangnya empat orang awam, termasuk seorang remaja perempuan terbunuh.

“Kami percaya kumpulan pelampau jihad bertanggungjawab ke atas serangan itu, selain menuduh penduduk menyalurkan maklumat kepada pasukan keselamatan,” katanya.

Satu lagi serangan di tengah negara itu membunuh empat orang awam dan seorang tentera ketika dua trak yang disewa misi keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Mali, MINUSMA diserang.

“Trak itu kemudian dibakar oleh pelampau,” kata seorang pegawai kastam sambil menambah pemandu salah satu kenderaan itu antara yang terkorban.

Jurucakap kerajaan berkata, rentetan beberapa kejadian serangan, sebagai langkah berjaga-jaga, lawatan perdana menteri dibatalkan. – AFP/BH ONLINE

Tags: letupanSomalia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa insiden letupan berlaku di kawasan operasi berhampiran Markas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL)...

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki disahkan maut dalam insiden letupan kompresor penyaman udara di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd