• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zamihan Minta Khalid Samad Dedah Siapa ‘GodFather’

oleh Ahmad Albab
18/10/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Dr. Zamihan Mat Zin meminta Ahli Parlimen Parti Amanah Negara (PAN) Shah Alam, Khalid Samad mendedahkan siapa ‘GodFather’ yang didakwa melindungi beliau.

Kata Zamihan, beliau kesal Khalid yang juga pemimpin Pakatan Harapan dan Pengarah Komunikasi PAN itu sanggup membuat tuduhan jahat seperti itu bagi memburukkan imejnya hanya kerana beliau mempertahankan dobi muslim di Muar, Johor.

“Khalid dilihat suka mengambil kesempatan terhadap isu yang tercetus demi kepentingan politik beliau. Jika benar saya dilindungi ‘GodFather’ maka saya mencabar pemimpin PAN itu mendedahkan siapa ‘GodFather’ yang dimaksudkan. Ia sesuai dengan kaedah fiqh.

“Jika Khalid gagal berbuat demikian ini bermakna beliau salah seorang pemimpin PAN yang suka berbohong malah gemar memfitnah individu yang berbeza fahaman dengan beliau,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

PAN merupakan parti Islam baharu yang ditubuhkan dengan sokongan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menggantikan PAS menarik sokongan umat Islam kepada pakatan pembangkang.

Zamihan turut menyatakan kesediaanya untuk bersemuka dengan Khalid bagi mencari kebenaran dalam isu tersebut sama ada dalam bentuk diskusi, forum mahupun debat kerana sebagai pemimpin tidak sepatutnya membuat tuduhan melulu tanpa sebarang bukti.

“Saya mahu Khalid mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kerana kenyataan beliau jelas berniat jahat dan cuba merosakkan imej saya, jika gagal berbuat demikian saya akan meminta peguam saya untuk mangambil tindakan undang-undang terhadap beliau tanpa prejudis,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Dr Zamihan Mat ZinKhalid Samad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Diterajui Khalid, Amanah Kelantan Sedia Kerjasama Dengan BN

Diterajui Khalid, Amanah Kelantan Sedia Kerjasama Dengan BN

02/02/2023
0

Bekas menteri, Khalid Samad, kini menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Amanah Kelantan dalam usaha parti itu memastikan Pakatan Harapan (PH) memenangi...

Tuntutan Saman Penganalisis Politik Terhadap Khalid Samad Ditolak

29/04/2022
35

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat menolak tuntutan saman fitnah dikemukakan penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd