Tuesday, July 16, 2024

Creating liberating content

‘Siti Kasim Bising, Enggan...

KANGAR - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, sekali lagi mengajak...

Kes Murtad Bidang Kuasa...

KUCHING - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memutuskan terdapat peruntukan dalam Ordinan...

Amalan Membazir Orang Arab:...

KAMI yakin anda pernah melihat gambar-gambar jamuan makan masyarakat Arab yang adakalanya dilihat...

Persatuan, Kelab Bola Sepak...

KUALA LUMPUR - Meskipun Harimau Malaya gagal meraih gelaran Juara Piala AFF Suzuki...

X-Ray Jari Patah Elvis Bakal Dilelong

KALAU dah terkenal, apa sahaja barangan individu terbabit akan menjadi rebutan. Ini termasukkan X-ray yang menunjukkan tulang tangan lagenda Elvis Presley yang patah selepas dia membuat persembahan karate.

X-ray berkenaan akan dilelong bulan depan. X-ray itu dibuat selepas doktor Elvis iaitu Dr. Elias Ghanem mengarahkan selebriti berkenaan membuat pemeriksaan.

Ia dirakamkan pada 9 September 1973. Kini selepas 44 tahun, x-ray berkenaan akan dilelong.

Harga lelongan dijangka mencecah lebih RM30,000. Jualan lelong itu dijadualkan pada 4 November ini.

Elvis yang digelar sebagai Raja Rock n Roll dilahirkan di Missisippi dan karier muziknya bermula pada 1954 apabila dia merakamkan lagu dengan penerbit Sam Phillips.


Dia merupakan pemuzik yang berpengaruh dengan jualan albumnya direkodkan sekitar 600 juta unit di seluruh dunia.

Pemuzik yang digelar ‘Elvis The Pelvis’ ini ditemui terbaring di dalam bilik air rumahnya di Memphis. Dia dikejarkan ke hospital namun menghembuskan nafas terakhir sebaik tiba di hospital.

Penyebab kematiannya masih menjadi misteri tetapi berdasarkan post-mortem, Elvis dikatakan meninggal dunia akibat cardiac arrhythmia, iaitu salah satu jenis serangan jantung. – MYNEWSHUB.CC

Kategori