• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Kena Bunuh, Separuh Hati Kena Lapah

oleh
04/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ENTAH apa agaknya yang merasuk lelaki ini sehingga sanggup melakukan tindakan yang begitu kejam terhadap seorang warga emas.

Bahkan apa yang dilakukan itu tidak masuk akal dilakukan oleh seorang yang bergelar manusia.

Namun itulah yang berlaku apabila penduduk Kampung Dong Suang di wilayah Bueng Karn, Thailand dikejutkan dengan satu kejadian pembunuhan kejam melibatkan seorang warga emas.

Apa yang lebih memeranjatkan, selepas ditangkap, pihak berkuasa telah menemui sebahagian hati milik mangsa di dalam poket suspek.

Suspek yang dikenali sebagai Paere mengaku telah membunuh, kemudiannya melapah sebahagian hati mangsa kononnya mempercayai perkara berkenaan dapat bantu memanjangkan usia manusia.

Difahamkan, mangsa, Tan Loon Ubon merupakan warga emas yang amat dihormati dan disanjung di kampung berkenaan.

Suspek pula dikatakan sering kali melawat dan mengunjungi rumah warga emas berkenaan.

Berdasarkan siasatan polis, ketika kejadian berlaku suspek berada di bawah pengaruh dadah jenis Methamphetamine dan marijuana sebelum bertindak menyembelih dan siat tubuh badan mangsa.

Menurut suspek, serangan ini bermula apabila warga emas berkenaan mengaku telah membunuh bapa Paere.

Pada mulanya, suspek tidak mempercayai apa yang dikatakan tetapi mangsa dikatakan tidak berhenti bercakap perkara yang sama berulang kali.

Ekoran terlalu berang dengan perkara berkenaan, suspek bertindak di luar jangkaan dengan menikam mangsa.

“Dia beritahu saya bahawa dia telah membunuh bapa saya. Saya cakap tidak mungkin tetapi dia tidak berhenti bercakap tentang hal itu dan saya tidak tahu mahu buat apa.

“Saya tikam, kemudian dia menangis minta maaf dan saya sangat marah ketika itu. Saya bertanya padanya sebanyak 4 kali dan dia bercakap perkara yang sama,” ujar Paere.

Menurut laporan polis, mangsa ditemui mati dalam keadaan yang ngeri di mana terdapat kesan tikaman di bahagian leher yang dikatakan hampir putus dan perut pula terbelah.

Dalam pada itu, sebilah pisau dapur berukuran lebih kurang 9inch juga telah ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, laporan hasil bedah siasat pula menunjukkan bahawa beberapa organ dalaman mangsa juga turut hilang termasuk hati.– MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: hatiThailand
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

18/01/2026
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan termasuk cawangan khas kini giat memburu beberapa suspek pengeboman 11 stesen minyak di Selatan Thailand yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd