• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video ‘Main Belakang’ Milik Anding AF Tersebar?

oleh
04/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BELUM reda lagi mengenai kontroversi penyebaran video lucah yang dikatakan mirip pelakon baru, Eyka Farhana dan terbaharu, penyanyi, Anding pula berhadapan dengan kontroversi sama.

BACA : Eyka Farhana Terkejut Video Lucah Tersebar

Baru-baru ini tersebar satu rakaman menerusi laman sembang Tumblr memaparkan individu yang didakwa mirip wajah Anding dan dikatakan melakukan hubungan seks dengan kaum sejenis.

Bagaimanapun, perkara itu segera dinafikan sekeras-kerasnya oleh bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) musim kedua berkenaan.

Menurut Anding atau nama sebenarnya Anding Indrawani Zaini, dia tidak pernah sama sekali melakukan perkara tidak senonoh seperti itu.

Hal ini kerana, perkara seperti itu bukan sahaja boleh menjatuhkan maruah diri malah merosakkan kerjayanya sebagai anak seni.

“Sudah tentu ia bukan saya! Hidung saya ada tahi lalat tapi lelaki tersebut tak ada. Apabila saya lihat lelaki tersebut, tak nampak pun ada iras saya.

“Saya tidak pernah melakukan perkara tersebut dan memang tak logik kalau saya buat perkara yang boleh menjatuhkan maruah dan merosakkan kerjaya sendiri.

“Saya masih boleh berfikir waras dan tak akan buat perkara tidak senonoh seperti itu,” kata Anding dipetik Mstar Online.

Sementara itu, Anding juga menyeru agak orang ramai mengubah tanggapan negatif kononnya golongan lelaki yang begitu sibuk membina badan dan masih bujang adalah seorang gay.

“Apabila nampak lelaki yang belum kahwin dan selalu pergi gimnasium, mesti ada yang buat tanggapan individu itu seorang gay.

“Mungkin atas sebab itu, mereka juga menyangkakan saya gay kerana tabiat saya suka menjaga badan dan kerap ke pusat kecergasan.

“Orang tak tahu kenapa saya belum kahwin dan tidak ada kekasih sehingga kini? Bagi mereka, apa mereka nampak itu yang mereka percaya.

“Saya harap segelintir masyarakat yang berfikiran sebegitu dapat mengubah persepsi terhadap lelaki seperti saya,” jelas penyanyi kelahiran Sarawak ini.

Dalam pada itu, Anding berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap perkara ini memandangkan dilihat sudah beberapa kali namanya dipalit dengan isu sedemikian.

“Saya akan ambil tindakan dan membuat laporan polis kerana ia melibatkan maruah dan kerjaya seni saya.

“Tambahan pula, sudah banyak kali benda ini berlaku. Awal tahun ini, rakan saya pernah diberitahu ada gambar lucah lelaki seakan-akan saya.  Sekarang video pula,” ujarnya.

Haa… Anding dah tampil bagi pencerahan kan? Apa-apapun sabarlah. Ragam dunia artis ni memang macam-macam nak kena hadap. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Akademi FantasiaAndinggay
Share212Tweet133SendShare

Related Posts

Pasangan Gay Dicambuk 76 Kali Di Banda Aceh Selepas Ditangkap Di Tandas Awam

Pasangan Gay Dicambuk 76 Kali Di Banda Aceh Selepas Ditangkap Di Tandas Awam

05/12/2025
0

BANDA ACEH – Dua lelaki yang didakwa sebagai pasangan gay menerima hukuman 76 kali sebatan syariah selepas ditangkap ketika melakukan...

SK Cyberjaya (2) Dijangka Siap 2028 Tangani Isu Kepadatan Murid

PM Gay Pertama Ireland, Buat Kejutan Letak Jawatan

21/03/2024
0

DUBLIN: Leo Varadkar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri (PM) Ireland dan ketua parti Fine Gael dalam gabungan pemerintah dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd