• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Lelaki Cuba Cabul Budak Dipukul Penduduk

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dipukul penduduk setempat selepas didakwa cuba mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dalam kejadian di Pangsapuri Cheras Ria, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 petang itu, mangsa yang baru pulang dari sekolah pada mulanya diekori oleh suspek yang bermotosikal sehingga ke kawasan perumahan.

Suspek yang dipercayai bukan penduduk di kawasan perumah itu kemudian menghentikan motosikalnya lalu terus memeluk mangsa dari arah belakang sebelum menekup mulut mangsa.

Mujur, mangsa pada saat cemas itu sempat menjerit membuatkan orang ramai yang berada di kawasan berhampiran mengepung lelaki berkenaan.

Berdasarkan rakaman video, seorang penduduk menyoal dan menjelaskan kepada suspek bahawa penduduk di situ mendakwa dia mengacau mangsa.

Bagaimanapun suspek cuba berdalih dengan mengatakan dia baru sahaja menghidupkan enjin motosikalnya namun ditolak sehingga jatuh oleh penduduk.

“Budak tak tipu punya. Orang tua baru tipu punya. You tunggu, you tunggu itu budak mari. Haa.

“Kalau tidak takkan dia punya bapak pukul sama lu. Kalau tidak, takkan saya mari hentam sama lu. Sekarang ini saja, you takda mengaku, ini kena, makan sama lu,” kata penduduk berkenaan.

Suspek bagaimanapun dilihat meminta lelaki itu usah mengambil tindakannya sendiri dan bawa kes itu ke balai.

Dalam video kedua, ibu dan mangsa kemudian dibawa menghampiri suspek bagi mengesahkan dakwaan itu. Suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: cabulkanak-kanak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi seksual merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara semua pihak. Perkara itu...

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

03/10/2026
0

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sini dilaporkan mengalami kecederaan pada kepala dan leher selepas diserang sekumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd