Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

RUU 355: ‘Sila Hormat,...

KUALA TERENGGANU - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu semua pihak...

Pencerobohan Menara Merdeka 118:...

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) dan...

Mayat Warga Emas Tanpa...

KUANTAN - Mayat seorang warga emas tanpa sepasang mata ditemukan terapung di tepi...

Pengasas Telegram Ditahan: Elon...

MOSCOW - Selepas pengasas Telegram, Pavel Durov ditahan di Perancis, usahawan Amerika Syarikat...

Verstappen Sambut Hari Jadi Ke-20 Penuh Bergaya

SEPANG – Menampilkan pemanduan yang cemerlang, pelumba Red Bull Racing Max Verstappen berjaya mengetepikan cabaran pendahulu kejuaraan Grand Prix Formula Satu (F1) 2017, Lewis Hamilton daripada pasukan Mercedes AMG Petronas untuk merangkul kejuaraan sulungnya musim ini.

Verstappen yang menyambut hari jadinya ke-20 semalam, merangkul gelaran tersebut pada perlumbaan terakhir Grand Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, dengan catatan satu jam, 30 minit dan 01.290 saat.

Pencapaian tersebut adalah kedua bagi Verstappen selepas menjuarai Grand Prix Sepanyol, tahun lepas.

Bermula di grid kedua pada perlumbaan hari ini, Verstappen memintas Hamilton yang memulakan saingan di petak utama pada pusingan keempat, selepas pemandu Scuderia Ferrari, Kimi Raikkonen gagal meneruskan saingan berikutan masalah teknikal sebelum perlumbaan.

“Jentera saya dalam keadaan baik sejak daripada awal perlumbaan dan saya melihat Lewis ketika itu bergelut dengan jenteranya,” kata Verstappen.

“Jentera ini cukup baik. Satu perlumbaan yang sangat sukar dan saya amat gembira untuk merangkul kejuaraan tersebut,” kata pemandu dari Belanda itu.

Rakan sepasukan Verstappen, Daniel Ricciardo menamatkan perlumbaan itu di tempat ketiga, di hadapan Sebastian Vettel (Scuderia Ferrari), yang mempamerkan pemanduan bertenaga untuk menduduki tempat keempat selepas bermula di grid belakang susulan masalah enjin pada sesi kelayakan semalam.

“Sebastian sangat pantas pada penghujung saingan dan saya fikir tidak dapat bertahan di kedudukan itu. Saya sangat gembira dapat menamatkan perlumbaan pada kedudukan podium,” kata pemandu dari Austalia itu.


Vettel kini ketinggalan 34 mata daripada Hamilton, dengan berbaki lima daripada 20 perlumbaan musim ini.

Selepas menduduki tempat kedua pada perlumbaan hari ini, Hamilton melebarkan penguasaannya dalam carta kedudukan pemandu untuk merangkul kejuaraan F1 musim ini, dengan mengumpul 281 mata.

“Perlumbaan ini agak sukar. Prestasi pemandu Red Bull agak baik berbanding kami hari ini.

Sebenarnya, kelajuan jentera kami tidak begitu baik hujung minggu ini,” kata Hamilton.

Selepas Grand Prix Malaysia, perlumbaan F1 musim ini akan berlangsung di Litar Suzuka untuk Grand Prix Jepun, hujung minggu depan. – BERNAMA

Kategori