Tuesday, September 26, 2023

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Segamat...

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di Segamat kekal 10 orang daripada dua...

Puntung Rokok ‘Punca’ Terminal...

SEPANG: Satu kebakaran dilapor berlaku di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur...

443,794 Calon Duduki UPSR...

PUTRAJAYA - Seramai 443,794 calon akan menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2017...

Salah Eja ‘Marry Christmas’,...

SINGAPURA - Baru kelmarin Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) memohon maaf atas kesilapan...

Venezuela Kehabisan Kertas Dan Dakwat

CARACAS – Rakyat Venezuela telah dimaklumkan bahawa mereka boleh menggunakan pasport yang telah tamat tempoh selama dua tahun lagi.

Ini disebabkan kerajaan negara Amerika Latin itu sudah kehabisan bekalan kertas dan dakwat untuk mencetak pasport baharu.

Dikri kecemasan mengenai perkara itu telah ditandatangani oleh Presiden Nicolas Maduro untuk melanjutkan tempoh sah passport tersebut.

Sekurang-kurangnya sejuta rakyat Venezuela terpaksa menunggu berbulan-bulan untuk mendapatkan passport baharu dan keadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat ke luar negara untuk sementara waktu.

Pada Mac, Jabatan Imigresen negara itu memaklumkan kekurangan material mengakibatkan masalah itu berlaku.

Tuntutan perjalanan semakin meningkat di Venezuela kerana penduduknya ingin melarikan diri daripada krisis politik serta kemelesetan ekonomi di negara berkenaan.

Sejak harga minyak global menjunam pada 2015, Venezuela tidak mempunyai dana untuk import barang termasuk barang asas seperti makanan dan ubat-ubatan.

Kadar inflasi di negara itu juga meningkat kepada 700 peratus. Ia bertambah buruk apabila berlaku peningkatan mendadak dalam jenayah keganasan terutama di ibu kota Caracas. – MYNEWSHHUB.CC

Kategori