• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UTC Perlis Sedia Beri Perkhidmatan Kepada Rakyat

oleh AK-47
24/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perlis yang akan dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi bersedia memberi perkhidmatan kepada orang ramai, kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Beliau berkata UTC yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri Sena di sini lebih istimewa kerana satu-satunya UTC yang memiliki Klinik Kesihatan untuk orang dewasa, kanak-kanak, ibu mengandung dan pergigian bagi memudahkan rakyat mendapat perkhidmatan.

“UTC Perlis juga menggabungkan pusat aktiviti seperti futsal dan gimnasium serta pasar malam dan tapak perniagaan. Konsep ini tidak terdapat di UTC lain,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan prapelancaran di UTC itu hari ini.

Azlan berkata UTC itu menempatkan 22 agensi negeri dan persekutuan di bawah satu bumbung selain melaksanakan sistem ‘One Service’ di bawah konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang menggabungkan Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Jabatan Pengangkutan Jalan yang menyediakan 15 kaunter.

Katanya UTC Perlis juga menyediakan bilik mesyuarat yang boleh memuatkan 60 orang serta beberapa kemudahan lain untuk disewa.

Mengenai isu MyBAS supaya menjadikan laluan sehingga UTC laluan tetap dan lebih kerap, Azlan berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat exco minggu depan agar lebih ramai rakyat dapat memanfaatkan kewujudan UTC berkenaan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Azlan Man
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Guna Robot Kesan Pemandu Langgar Peraturan

Next Post

Kelantan Tanpa Zahasmi Menentang Melaka United

Related Posts

Syarikat Pelancongan Keluarkan Cek Lebih RM600,000 Atas Nama Azlan Man – Saksi

Syarikat Pelancongan Keluarkan Cek Lebih RM600,000 Atas Nama Azlan Man – Saksi

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Urusan Sri Kedawang Travel & Tours (W) Sdn Bhd (SKTT), Shafiei Ismail, mengesahkan syarikat berkenaan mengeluarkan...

Kaji Dulu Secara Sebelum Laksana ICERD – MB Perlis

07/11/2018
0

KANGAR - Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man meminta kerajaan persekutuan mengkaji dengan mendalam kesan mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan...

Next Post

Kelantan Tanpa Zahasmi Menentang Melaka United

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd