Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

PRU15: Sultan Johor Perkenan...

ISKANDAR PUTERI – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menjadikan 20 November...

Tiada Rancangan Semak Semula...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji semula kadar Cukai Barang dan...

PM Kanada Sokong Israel,...

JUSTIN Trudeau mengecam kempen boikot terhadap Israel (BDS) yang digerakkan oleh pejuang hak...

Mohammad Syafiq Tenang Berdepan...

GOLD COAST - Biarpun baru pertama kali menyertai pentas Sukan Komanwel, penerjun pelapis...

USIM Lafaz, Tandatangani IBR SPRM

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini menzahirkan komitmen memerangi rasuah dan salah guna kuasa melalui lafaz dan pemeteraian Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diperkenalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Majlis itu diketuai Naib Canselor USIM Prof Datuk Dr Musa Ahmad dan diikuti dengan pensyarah-pensyarah kanan serta pegawai dan kakitangan USIM.

Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil sebagai saksi dan pegawai-pegawai kanan SPRM.

Ikrar ini sekali gus mematerikan janji USIM untuk menjadi sebuah institusi yang menolak sebarang bentuk jenayah rasuah serta salah guna kuasa dalam menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan dari peringkat atasan hingga bawahan termasuk dalam kalangan pelajar.

Terdahulu, Musa dalam ucapannya berkata jenayah rasuah adalah satu jenayah yang seharusnya jauh dari universiti Islamik seperti USIM.

“Di peringkat universiti, USIM telah menubuhkan Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) USIM pada 2008 dengan sejarah penubuhannya bermula pada 2002. Badan Pencegahan Rasuah ketika itu telah menjalankan kajian persepsi jenayah dalam kalangan mahasiswa yang mendapati 30.5 peratus pelajar sanggup menerima rasuah jika mereka mempunyai wang dan kuasa.


“Berikutan penubuhannya itu, SPR USIM mendapat kerjasama yang baik daripada SPRM Negeri Sembilan. Antara program yang telah dianjurkan ialah Perhimpunan Mahasiswa Anak Muda Memerangi Rasuah dan Salah Guna Kuasa (PEMARAH) yang telah diadakan pada 12 Ogos lepas, program Kempen Antirasuah (KEMAR), Larian Hapus Rasuah, Wacana Kepimpinan Pelajar dan lain-lain,” katanya.

USIM merupakan universiti awam ke-12 yang menandatangai IBR. – BERNAMA

Kategori