• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UniSZA Jadi Hab Golongan Berkeperluan Khas

oleh AK-47
30/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyasarkan untuk menjadi hab dalam menjalankan kajian dan penyedia perkhidmatan bagi golongan berkeperluan khas di kawasan Pantai Timur.

Naib Canselornya Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi Abd Latif berkata pihaknya percaya UniSZA mampu memikul tanggungjawab berkenaan dalam usaha membantu golongan tersebut mencapai potensi dan mempertingkatkan keupayaan mereka berdikari serta menjalani aktiviti harian seperti insan normal yang lain.

Usaha itu disokong dengan adanya fakulti-fakulti yang berkaitan dan bakal diperkasakan selepas hospital pengajar UniSZA yang kini dalam pembinaan siap pada tahun 2019.

“Dalam merealisasikan hasrat itu, UniSZA juga setakat ini telah memberi tempat kepada tiga pelajar berkepeluan khas melanjutkan pelajaran di sini iaitu seorang pelajar yang menghidap autisme dan dua lagi menghidap Cerebral Palsy.

“Setakat ini UniSZA membelanjakan kira-kira RM3 juta bagi menyediakan kemudahan khas kepada pelajar berkenaan agar lebih mudah dan selesa mengikuti pembelajaran di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Simposium Kebangsaan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas yang dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Azman Mohd Yusof di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Program, Dr Norsuhaily Abu Bakar.

Ahmad Zubaidi dalam pada itu berkata UniSZA juga akan menjalinkan kerjasama dengan pihak Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dalam program ‘outreach’ bagi memberi kesedaran khususnya kepada ibu bapa di kawasan pedalaman yang masih belum mendaftar anak-anak mereka yang mempunyai keperluan khas dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya berdasarkan statistik JKM, kurang daripada satu peratus daripada 15 peratus golongan yang berkeperluan khas di negara ini (daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia) yang berdaftar dengan JKM.

“Situasi ini agak menyukarkan pihak kerajaan memberi bantuan sewajarnya kepada golongan ini. Ada juga ibu bapa yang gagal mengesan bahawa anak mereka sebenarnya termasuk dalam golongan tersebut kerana mereka merasakan anak mereka sihat dan boleh berinteraksi seperti orang normal yang lain.

“Tetapi bila semakin membesar, baru sedar anak mereka sebenarnya mengalami masalah autisme atau lembam serta lain-lain penyakit,” katanya.

Justeru, pihaknya berharap dengan menjadikan UniSZA sebagai hab di pantai timur, ia dapat membantu menjalankan program intervensi awal terhadap kanak-kanak berkeperluan khas kerana ia terbukti dapat memperbaiki pembelajaran, kemahiran sosial dan komunikasi dalam kalangan kanak-kanak istimewa ini. – BERNAMA

Tags: Naib Canselornya Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi Abd Latif
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd