• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Unimas IPTA Pertama Guna Pengenalan Diri Digital

oleh Ahmad Albab
18/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) mencipta sejarah apabila muncul sebagai institusi pendidikan pertama di negara ini yang melaksanakan sistem pengenalan pelajar dan kakitangan secara digital.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata penggunaan sistem digital yang bermula bulan ini itu memerlukan pelajar serta kakitangan mengimbas telefon pintar mereka dengan ‘QR Code’.

Katanya ketika ini penggunaan sistem pengenalan digital itu adalah bagi merekod kehadiran sebelum dikembangkan untuk pelbagai kegunaan lain di kampus.

“Unimas hanya mengambil masa sebulan untuk melaksanakan sistem pengenalan digital tersebut, ini merupakan perkara yang membanggakan.

“Saya melihat pelaksanaan sistem pengenalan digital ini dan sistem penilaian baharu pelajar iaitu Purata Nilai Gred Keseluruhan Berintegrasi (iCGPA), amat menarik dan menggambarkan kemampuan Unimas,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Unimas Silver Jubilee Conference 2017 (USJ 2017) di sini hari ini.

Turut hadir Naib Canselor Unimas Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.

Idris turut melahirkan rasa gembira dengan kejayaan yang dicapai Unimas dalam tempoh 25 tahun penubuhannya, antaranya ialah kedudukan universiti itu menurut QS Asia Rankings dari tangga ke-291 melonjak pada kedudukan ke-247.

“Melalui penganjuran USJ 2017 ini pula kita lihat Unimas mampu menarik lebih 300 penulisan dan abstrak dari seluruh dunia seperti dari Amerika Syarikat, United Kingdom, New Zealand dan Australia serta menyaksikan kertas kerja yang dibentangkan dipilih untuk disiarkan dalam jurnal SCOPUS dan ISI-Indexed,” katanya. – BERNAMA

Tags: IPTAUNIMAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Kalau Dah 80 peratus pelajar UEC ambil SPM, Tak Payahlah iktiraf UEC”

“Kalau Dah 80 peratus pelajar UEC ambil SPM, Tak Payahlah iktiraf UEC”

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) kerana 80...

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan mendakwa DAP masih kekal bersama kerajaan Madani berkait...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd